saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 21/12/2008

Kelantan juara kalahkan PP

KOTA BHARU - Kelantan menjulang trofi Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja- Raja buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas menumpaskan Pulau Pinang 4-0 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Mohamed IV di sini, malam tadi, lapor TARMIZI ABDUL RAHIM.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan yang bakal menyertai saingan Liga Super Januari depan meraih RM30,000 sementara Pulau Pinang menerima RM15,000 selaku naib juara.

Sejak tahun 2004 Kelantan tidak pernah tercicir daripada menyertai perlawanan akhir pertandingan tersebut malah muncul juara sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2006.

Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja tahun lepas, Kelantan tewas kepada Johor.

Kelantan layak ke perlawanan akhir selepas menundukkan Perlis dengan agregat 3-2 manakala Pulau Pinang menewaskan PDRM dengan agregat 5-4 menerusi sepakan penalti.

Malam tadi, penyerang Liga Malaysia Kelantan, Khairul Zal Azmi Zahinuddin menggamatkan stadium tuan rumah apabila membuka jaringan pada minit ke-36.

Lima minit selepas itu, pemain tengah Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi yang terkenal dengan jolokan 'kereta kebal' menambah derita pasukan pelawat apabila menewaskan penjaga gol lawan, Mohd. Faizal Mohd. Yusof dengan jaringan cantik pada minit ke-41.

Sebaik wisel separuh masa kedua bermula, anak buah jurulatih Anizan Daud terus memulakan serangan bertali arus ke gawang Pulau Pinang sebelum menambah gol ketiga pada minit ke-61 yang disempurnakan oleh Abdul Latiff Jusoh.

Dia kemudian mengulangi kecemerlangan apabila menjaringkan gol keempat Kelantan pada minit ke-82.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.