saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 22/12/2008

Sedia unit rawatan jantung di setiap hospital kerajaan - Surat 1

PERSEPSI utama rakyat dalam isu penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) ialah setiap cadangan atau program penswastaan akan diikuti dengan kenaikan caj perkhidmatan.

Berdasarkan kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, cadangan pengambilalihan IJN oleh Sime Darby berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mengutama dan mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.

Walaupun penjelasan dibuat dalam isu ini, kita akan berhadapan dengan rakyat yang gagal untuk diyakinkan tentang komitmen Sime Darby.

Jumlah pesakit jantung yang semakin meningkat memerlukan satu kaedah rawatan yang seimbang, adil dan mampu. Jika tidak kerajaan akan dituduh mengamalkan diskriminasi dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Walaupun cadangan Sime Darby untuk mengambil alih IJN sudah melalui siri perbincangan bersama kerajaan tetapi banyak isu lain yang perlu diberi perhatian untuk mengelak tuduhan liar dan tidak berasas pihak yang berkepentingan. Penerangan jelas perlu disusun dengan memberi jaminan bahawa modus operandi IJN tidak akan berubah walaupun penguasaan kepentingannya tidak lagi dipegang oleh kerajaan.

Rakyat hanya mengharapkan belas kasihan kerajaan untuk menyediakan segala perkhidmatan dengan kukuh berpegang kepada prinsip tradisi membela rakyat. Berasaskan mandat dan kepercayaan yang berterusan daripada rakyat kepada kerajaan sekarang maka semua rintihan, pandangan, pendapat dan cadangan perlu diberi keutamaan.

Jangan sesekali membuat keputusan yang boleh menggugat keyakinan dan kebergantungan rakyat terhadap kerajaan. Kita sudah melihat arus perubahan rakyat sebelum ini yang banyak memberi kesan kepada penerusan program pembangunan negara. Keutamaan dan kecenderungan kerajaan dalam meluluskan cadangan penswastaan IJN perlu diteliti demi rakyat bukan untuk memenuhi perancangan orang tertentu.

Kita mahu melihat IJN terus meriah dikunjungi rakyat pelbagai lapisan untuk menerima rawatan jantung seperti kunjungan rakyat ke hospital kerajaan. Jangan wujudkan suasana pemisah yang menakutkan bagi rakyat untuk menerima khidmat pakar jantung di IJN.

Lebih baik lagi jika kerajaan mewujudkan unit rawatan jantung terbaik di semua hospital kerajaan dan ini adalah masanya untuk memikirkan secara serius cadangan tersebut. Kementerian Kesihatan perlu mengorak langkah dalam usaha untuk memperkasakan bidang kesihatan di negara ini.

Perkenalkan skim gaji yang menarik untuk mendatangkan minat kepada pakar jantung negara untuk mengisi jawatan itu.

Rakyat akan menunggu dan mengikuti perkembangan isu pengambilalihan IJN oleh Sime Darby dengan penuh minat. Malah para pemimpin kerajaan dan pihak pembangkang akan terlibat secara langsung dalam membahaskan cadangan itu.

Apa pun keputusan yang bakal diambil pastikan ia jalan terbaik demi memenuhi hak dan kuasa rakyat.

ABDUL SAMAD ABDUL HAKIM

Pendang, Kedah

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.