saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 22/12/2008

Sedia unit rawatan jantung di setiap hospital kerajaan - Surat 2

HAKIKATNYA Institut Jantung Negara (IJN) tidak wajar diswastakan. Cukuplah pelbagai kemudahan asas selama ini telah diswastakan. Carilah jalan penyelesaian lain selain menswastakan IJN jika institusi itu berdepan dengan masalah kekurangan dana sekalipun.

Jika negara lain begitu berhati-hati dengan sebarang usaha menswastakan keperluan asas dan kemudahan perubatan, mengapa kita yang terkenal dengan slogan Malaysia Boleh tidak pula bertindak sedemikian?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dilaporkan memberi jaminan bahawa hal itu bukannya pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan tetapi merupakan perkongsian dengan melibatkan 51 peratus pegangan ekuiti.

Persoalannya, sejauh mana jaminan pihak yang mahu mengambil alih IJN bertaraf dunia itu dengan tidak akan menaikkan kadar caj perkhidmatan?

Mungkin peringkat awal memang tiada apa-apa peningkatan tetapi apabila tumpuan masyarakat sudah beralih tidak mustahil hal tersebut akan berlaku.

Jika ini berlaku, di mana pula tanggungjawab sosial IJN yang sepatutnya berpaksikan masyarakat bukannya kepentingan keuntungan semata-mata?

Kita tentunya sebagai masyarakat yang prihatin tidak mahu golongan pesakit daripada kelompok berpendapatan rendah terbeban dengan kesan penswastaan IJN nanti.

Sedangkan dengan kos sekarang pun ramai pesakit yang mengalami penyakit berkaitan jantung tidak mampu mendapatkan rawatan. Jadi, bagaimana jika selepas IJN diswastakan yang tentunya menyaksikan peningkatan sedikit sebanyak kos perkhidmatan yang mungkin sedikit bagi golongan kaya tetapi begitu besar bagi masyarakat biasa.

Tindakan akur kepada penswastaan IJN hanya membuktikan akan tunduknya kita kepada tekanan kapitalisme yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

Oleh itu, tindakan menswastakan IJN perlu diteliti semula. Keuntungan di atas kesakitan dan penderitaan masyarakat adalah tindakan yang tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

ARIFF ATAN

Rawang, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.