saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 23/12/2008

‘Daftar persatuan segera’ – ROY

PONTIAN 22 Dis. – Pertubuhan-pertubuhan belia perlu segera mendaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) sebelum 31 Disember ini bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Timbalan Pendaftar Pertubuhan Kementerian Belia dan Sukan, Saadon Suraji, berkata, pendaftaran itu penting bagi membolehkan pihak KBS mengenal pasti persatuan-persatuan belia di negara ini.

“Jika sebelum ini semua pendaftaran persatuan belia dibuat melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi bagi mempercepatkan lagi kelulusan, ianya telah diambil oleh ROY mulai tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat Gerak Tubuh Persatuan Belia Daerah Pontian, di Hotel Pontian, di sini hari ini.

Menurut Saadon, objektif pendaftaran berkenaan ialah untuk menggalakkan lebih banyak persatuan belia dapat ditubuhkan di setiap komuniti dan kawasan.

“Kami berharap dengan adanya ROY ini akan memperkemas dan memperkasa sistem penyampaian dalam pembangunan belia supaya lebih berdaya maju dan aktif pada setiap masa,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya ROY, pihaknya memberikan jaminan akan mempercepatkan lagi kelulusan penubuhan persatuan belia yang baru mendaftar daripada enam kepada tiga bulan atau kurang daripada itu.

“Ia juga adalah sejajar dengan program pengupayaan persatuan belia yang sedang giat dijalankan oleh KBS bagi membolehkan belia-belia di negara ini mempunyai tempat atau ‘platform’ untuk berpersatuan,” ujarnya.

Katanya, sumbangan atau pemberian bantuan yang diberikan oleh KBS sebanyak RM3,000 kepada persatuan-persatuan belia diharap mampu menjadi rangsangan untuk mereka menjalankan aktiviti kepada ahli masing-masing.

Menurut beliau, bagi persatuan yang baru ditubuhkan, pihaknya juga memberikan bantuan awal sebanyak RM1,000 bagi membolehkan mereka membuat mesyuarat, kerja-kerja pentadbiran dan sebagainya.

“Keprihatinan yang ditunjukkan oleh KBS merupakan satu peluang yang perlu diambil oleh semua pihak bagi menambahkan lagi jumlah persatuan belia di setiap daerah dan negeri,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.