saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 24/12/2008

Pasukan Brunei tiada dalam kancah 2009

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pasukan Brunei DPMM tidak akan menyertai Liga Malaysia 2009 ekoran masalah pembatalan pendaftaran persatuan bola sepak negara itu Perdaftar Pertubuhan Brunei.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM membuat keputusan menolak penyertaan Brunei DPMM dalam satu mesyuarat di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Menurut Azzuddin, keputusan untuk tidak membenarkan Brunei DPMM menyertai Liga Malaysia musim depan selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

''FIFA mensyaratkan setiap kelab bola sepak perlu mendapat kelulusan dari persatuan induk negara masing-masing dan mendapat kelulusan daripada Perdaftaran Pertubuhan.

''FAM telah mengetahui masalah yang dialami oleh Brunei DPMM, oleh itu FAM tidak mahu menanggung risiko digantung oleh FIFA jika masih membenarkan Brunei mengambil bahagian memandangkan pendaftaran persatuan bola sepaknya telah dibatalkan,'' katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tambah Azzuddin, setakat ini memang tiada peluang untuk Brunei beraksi dalam Liga Malaysia musim depan memandangkan saingan hanya akan bermula dalam tempoh kira-kira seminggu sahaja lagi.

''Tak kan kita nak rombak semula semua jadual perlawanan yang telah kita atur semata-mata untuk menerima kehadiran Brunei yang mempunyai masalah pendaftaran.

''Perlu diingat bahawa Brunei sekadar pasukan jemputan dalam saingan bola sepak kita dan kita tidak boleh menjemput pasukan itu berikutan masalah yang dihadapinya.

''Kita tidak mahu mengundang pelbagai risiko dikenakan tindakan oleh badan induk bola sepak dunia jika sengaja membenarkan Brunei BPMM mengambil bahagian ,'' katanya.

Brunei DPMM FC yang merupakan ahli gabungan persatuan bola sepak Brunei, ditubuhkan pada tahun 2000 dan kali pertama menyertai Liga Perdana Malaysia pada 2005.

Pasukan itu menjuarai Liga Perdana musim 2005, sekali gus membolehkan ia dinaikkan Liga Super dan menduduki tempat ketiga musim 2006/2007 namun jatuh ke tangga ke-10 pada musim lalu.

Pembatalan pendaftaran persatuan bola sepak itu dikaitkan dengan masalah kelewatan persatuan induk bola sepak Brunei itu menghantar laporan tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Mengenai nasib para pemain Brunei DPMM FC yang sepatutnya memulakan cabaran Liga Super Malaysia musim 2009 pada Januari ini, Azzuddin berkata, FAM akan meneliti kontrak pemain dan persatuan.

Dalam perkembangan sama, Azzuddin memberitahu, FAM berpuas hati dengan penglibatan pihak keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi sokongan dalam aspek keselamatan di gelanggang perlawanan musim depan.

''Dalam taklimat organisasi teknikal untuk saingan Liga Malaysia musim di depan di Bukit Jalil hari ini, ia mendapat sambutan kerana PDRM telah menghantar wakilnya bagi memastikan aspek keselamatan terjamin dalam saingan musim depan,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.