saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 27/12/2008

Yuan jadi pengganti dolar dalam urus niaga ASEAN

BEIJING 26 Dis. - China akan membenarkan dua wilayah yang berkongsi sempadan darat dengan negara anggota ASEAN untuk menjalankan dagangan dalam mata wang yuan bagi merangsang eksportnya yang terjejas dengan krisis kewangan dunia.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada projek perintis untuk membenarkan yuan digunakan untuk berdagang dengan Hong Kong dan Macau, yang kedua-dua wilayah pentadbiran milik tanah besar, demikian menurut laporan media negara itu.

Dagangan yuan akan dibenarkan antara wilayah barat daya Yunnan dan selatan wilayah automoni Guangxi Zhuang dan ASEAN, demikian menurut China Daily yang memetik kenyataan Majlis Negara.

Kedua-dua kawasan itu bersempadan dengan Myanmar, Laos dan Vietnam yang merupakan antara negara anggota ASEAN.

"Majlis Negara tidak memberi maklumat mengenai bagaimana dan bila projek mata wang itu akan bermula," kata laporan itu yang mungkin membawa makna keputusan itu merupakan langkah pertama menjadikan yuan mata wang antarabangsa.

"Langkah berkenaan akan mengurangkan risiko turun naik kadar tukaran pengeksport China dan rakan dagang mereka," kata Zhao Xijun, profesor kewangan Renmin University yang dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Sebahagian besar perdagangan China kini menggunakan dolar Amerika.

Perdagangan tanah besar dengan Hong Kong, Macau dan negara anggota ASEAN meningkat pantas sehingga mencecah AS$402.7 bilion (RM1.4 trilion) tahun lepas, menguasai satu per lima jumlah dagangan tanah besar.

Guangxi Zhuang dibangunkan sebagai pintu masuk laut dan darat ke ASEAN yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan China.

Ibu negaranya, Nanning, merupakan tapak tetap ekspo perdagangan tahunan China ASEAN.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.