saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 27/12/2008

Wajah baru Kuala Kubu Bharu


BANDAR Kuala Kubu Bharu akan berubah wajah apabila Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu diwartakan dan pelaksanaannya dimulakan.


HULU SELANGOR 26 Dis. - Sejarah kewujudan Kuala Kubu Bharu bermula daripada peristiwa Empangan Kuala Kubu yang pecah sehingga menenggelamkan Kuala Kubu Lama pada 24 Oktober 1883.

Peristiwa di Kuala Kubu Lama yang dibuka oleh orang Melayu pada kurun ke-18 untuk kegiatan melombong bijih timah itu menyaksikan 33 nyawa termasuk Pegawai Daerah berbangsa Inggeris bernama Cecil Ronking terkorban.

Berikutan kejadian itu, bandar Kuala Kubu Bharu dibuka pada tahun 1931 dan kemudian menjadi pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor sehingga ke hari ini.

Namun, pembangunan di bandar itu tidak serancak beberapa bandar lain di negeri Selangor walaupun ia berpotensi untuk dimajukan terutama dalam bidang pelancongan.

Dalam memastikan kegiatan ekonomi dan keselesaan rakyat terus subur di sana, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kini sedang merangka wajah baru bandar itu.

Dengan sasaran menjadikannya Bandar Taman, Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2007 - 2015 telah dilancarkan di Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

Pameran draf itu bertujuan mendapatkan publisiti dan penyertaan awam untuk memberikan cadangan atau bantahan terhadap pembangunan yang sedang direncanakan itu.

Menurut ringkasan draf tersebut, banyak perancangan menarik bakal dilaksanakan di kawasan itu yang pasti akan menaikkan imej Kuala Kubu Bharu pada masa depan.

Antaranya ialah pembangunan pelancongan yang mendapat perhatian utama MDHS dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa memandangkan Kuala Kubu Bharu mempunyai banyak kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi tetapi tidak diketahui umum.

Pembinaan galeri dan Muzium Bijih Timah serta Rumah Tamu dijangka mampu menjadikan bandar itu sebagai antara destinasi pelancongan yang popular, sekali gus mempopularkan kembali bandar yang menjadi laluan ke Bukit Frazer itu.

Pusat Transit Informasi Pelancongan juga bakal dibina di bangunan Jabatan Bomba yang lama di Jalan Datuk Tabal, yang juga akan berfungsi sebagai ejen tempahan pakej pelancongan dan penginapan para pelancong.

MDHS juga akan mewujudkan papan tanda informasi Bandar Taman yang akan berfungsi sebagai rujukan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk mengetahui sejarah Kuala Kubu Bharu dengan lebih mendalam lagi.

Cadangan lain untuk program pelancongan ialah menaik taraf beberapa bangunan bersejarah seperti menara jam, bangunan bomba, bangunan perniagaan lama, kuarters polis dan tugu peringatan sekitar Kuala Kubu Bharu.

Malah, beberapa tempat rekreasi seperti kolam air panas, kolam memancing milik Jabatan Perikanan, Taman Millennium, Bukit Besi Lum Sump dan Santuari Ikan Sungai Chiling akan turut dibangunkan di bawah draf tersebut.

Sementara itu, aspek pembangunan pusat bandar juga tidak diabaikan oleh MDHS, malah ia menjadi intipati utama dalam memberi nafas baru kepada bandar Kuala Kubu Bharu.

Apa yang pasti, warga Hulu Selangor boleh menarik nafas lega dengan hasrat MDHS untuk menaik taraf stesen bas dan teksi yang pasti menambah keselesaan mereka semasa berurusan di bandar.

Bukan setakat itu, gerai di bawah pentadbiran Mara dan pasar pagi Lembaga Pertubuhan Peladang akan diperkemaskan lagi dengan konsep yang lebih santai.

Kawasan pasar malam juga akan diperluaskan di samping peningkatan imej Pasar Tani supaya beridentiti dan berkonsep moden.

Dalam memastikan konsep Bandar Taman menjadi kenyataan, proses pengindahan bandar dan landskap akan turut diberikan perhatian utama.

MDHS berhasrat menaik taraf Dataran Kuala Kubu Bharu dengan elemen landskap gabungan pokok-pokok yang merimbun dengan hiasan moden seperti lampu limpah dan laluan pejalan kaki.

Gerai-gerai di bandar itu juga akan disusun semula dengan konsep moden di Jalan Datuk Tabal bagi meningkatkan lagi imej Bandar Taman ini.

Gerai Rojak Rahimah dan gerai cendol di Jalan Merdeka yang merupakan antara tarikan di Kuala Kubu Bharu juga akan dinaik taraf dengan reka bentuk 'pocket park' supaya ia lebih selesa dan menarik.

Selain itu, MDHS turut melihat aspek pengangkutan dan pengurusan lalu lintas sebagai perkara yang cukup penting bagi menjamin keselesaan warga Hulu Selangor.

Antara projek yang diberi perhatian ialah meningkatkan taraf Laluan Persekutuan 55 (Jalan Pahang) bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Di situ juga, laluan pejalan kaki akan diwujudkan di sepanjang jalan tersebut dan juga jalan-jalan yang lain di sekitar Kuala Kubu Bharu.

Sebanyak 14 perhentian bas akan diwujudkan di sekitar Kuala Kubu Bharu sementara sembilan lagi akan dinaik taraf.

Sesungguhnya, pelbagai perancangan yang telah direncanakan oleh MDHS dengan bantuan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ini bakal mengubah wajah Kuala Kubu Bharu menjelang 2015.

Warga Hulu Selangor boleh berbangga apabila Kuala Kubu Bharu setanding dengan bandar lain di Selangor kelak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.