saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 31/12/2008

Israel enggan berdamai

GENTING GAZA 30 Dis. - Israel hari ini menolak sebarang perjanjian damai dengan Hamas dan menegaskan ia bersedia untuk "bertindak selama berminggu- minggu", yang masuk hari keempat berturut-turut serangan udara paling dahsyat Israel ke atas Genting Gaza, sejak sedekad.

Ketika kereta perisai, kereta kebal dan anggota tentera darat negara Yahudi itu ditempatkan di sempadan dan dilihat bersedia melakukan pencerobohan, bedilan jet pejuang Israel terus melakukan pembunuhan yang setakat hari ini meragut 10 lagi nyawa penduduk Palestin, termasuk pasangan adik-beradik perempuan berusia 10 dan 12 tahun dan 40 lagi cedera.

Pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 yang lain cedera.

Sementara itu, pejuang-pejuang Hamas di Gaza meningkatkan serangan roket, walaupun ia hanya berjaya membunuh lima orang Yahudi di Israel sejak serangan Israel pada Sabtu lalu.

Serangan terbaru Israel dilancarkan awal hari ini, selepas serangan roket oleh pejuang Palestin membunuh seorang anggota tentera Israel dekat sempadan Gaza dan mengorbankan seorang lagi penduduk Israel di bandar Ashdod.

Tinggal enam minggu sebelum Israel berdepan dengan pilihan raya yang diramalkan dimenangi oleh Parti Likud, kerajaan Israel menyatakan bahawa serangan dilakukan bertujuan menamatkan serangan roket oleh pejuang Hamas.

Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit berkata, "tiada ruang untuk gencatan senjata" dengan Hamas sehinggalah serangan roket Hamas dihentikan.

"Tentera Israel tidak akan menghentikan operasi selagi tidak menghancurkan semangat penduduk Palestin daripada menyokong Hamas dan selagi mereka terus melancarkan roket ke atas Israel," katanya kepada Israel Radio.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.