saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 01/01/2009

Muzium Tun Sakaran tarikan baru pelancongan

SEMPORNA 31 Dis. - Kerajaan negeri merancang menjadikan Muzium Tun Sakaran di sini sebagai tarikan baru pelancongan selain Pulau Sipadan, Mabul dan Taman Marin Tun Sakaran.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, muzium bernilai RM3 juta itu yang akan dibina di kawasan Kompleks Inabah Kamal Semporna, kira-kira dua kilometer dari pekan ini dijangka mampu menarik ramai pelancong ke daerah ini.

''Kita juga mahu menjadikan muzium ini sebagai pusat rujukan bahan sejarah perjuangan pemimpin negeri Sabah," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak Muzium Tun Sakaran di sini hari ini.

Nasir berkata, pembinaan muzium itu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dijangka siap pertengahan 2010 dan akan dikendalikan oleh Jabatan Muzium Negeri Sabah.

Menurutnya, muzium dua tingkat itu antara lain akan mempunyai beberapa sudut pameran dan kajian khusus mengenai seni budaya masyarakat setempat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Muzium Negeri Sabah, Datuk Joseph Pounis Guntavid berkata, reka bentuk Muzium Tun Sakaran adalah berdasarkan kepada konsep bangunan dua tingkat rumah tradisional masyarakat Bajau Semporna dan Lepa-Lepa.

Katanya, konsep itu juga direka mengikut piawaian muzium masa kini iaitu sebagai gedung membina ilmu dan pemeliharaan warisan adat resam seni dan budaya Sabah.

Ia akan mempamerkan khazanah warisan daerah-daerah pantai timur khususnya di Semporna termasuk biografi bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.