saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/01/2009

‘Israel bebas serang Gaza’


sebahagian penduduk Afghanistan yang menyertai demonstrasi mengecam AS kerana menyokong serangan Israel ke atas Gaza di Kabul, semalam. – AFP


WASHINGTON 3 Jan. – Amerika Syarikat (AS) semalam menegaskan, tentera darat Israel bebas untuk menyertai serangan udara ke atas Gaza atas alasan “mempertahankan diri” daripada ancaman Hamas.

Pentadbiran White House dan Jabatan Negara AS menekankan, Israel berhak berbuat apa sahaja untuk melindungi rakyatnya dan pada masa yang sama turut mendesak Hamas mematuhi syarat rejim Zionis sekiranya mahu melaksanakan gencatan senjata.

Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Gordon Johndroe berkata, AS bagaimanapun telah meminta Israel mengelak daripada membunuh orang awam dalam operasi ketenteraannya baik serangan udara atau menggunakan tentera darat.

“Semua keputusan bergantung kepada Israel sendiri. Sebarang langkah yang diambil, sama ada serangan udara atau darat atau apa jua bentuk serangan adalah sebahagian daripada operasi yang sama,’’ kata Johndroe.

Kenyataan terbaru negara sekutu kuat Israel itu dibuat sewaktu Washington berdepan dengan kritikan di seluruh dunia kerana gagal mengawal konflik yang kini meragut lebih 430 nyawa rakyat Palestin.

Ironinya, sebahagian besar daripada mereka yang terkorban merupakan penduduk awam yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak walaupun tentera Israel telah diberi ‘amaran’ oleh AS untuk mengelak tempat-tempat awam.

Ribuan askar Yahudi kini berada di sempadan Gaza dan bersedia untuk menceroboh masuk sebaik saja mendapat lampu hijau daripada Kabinet Israel dalam usaha menghapuskan pergerakan Hamas.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice yang memberi taklimat ringkas kepada Presiden George W. Bush berkata, Washington sedang mencari jalan diplomasi dengan sekutunya itu.

“Kami sedang mengusahakan gencatan senjata yang tidak akan membenarkan keadaan sebagaimana yang sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan sehingga Hamas terus melancarkan roket dari Gaza.

“Gencatan senjata sudah pasti akan dimulakan tidak lama lagi tetapi kita memerlukan gencatan senjata yang tahan lama dan berkekalan,” kata Rice kepada pemberita di luar White House.

Pegawai AS menyatakan Bush dan Perdana Menteri Israel kini “berada di halaman yang sama” mengenai syarat gencatan senjata.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.