saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 05/01/2009

Belanja haji 2009 mungkin meningkat kepada RM11,000

HUTAN MELINTANG 4 Jan. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kemungkinan akan menghentikan subsidi sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah untuk menunaikan haji mulai tahun ini.

Ekoran itu kos untuk menunaikan haji tahun ini dijangka meningkat RM11,000 berbanding hanya RM8,973 tahun lalu.

Ia meliputi kos penerbangan, penginapan, kesihatan dan pengangkutan di tanah suci Mekah dan Madinah pada musim haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, subsidi itu mungkin terpaksa ditarik ekoran pendapatanTabung Haji daripada sumber pelaburan yang semakin berkurangan berikutan kemelesetan ekonomi dunia.

Katanya, ia termasuk kesan harga komoditi kelapa sawit yang merudum hingga menjejaskan pendapatan Tabung Haji.

"Oleh itu, Tabung Haji kemungkinan tidak akan memberikan subsidi tahun ini dan bakal jemaah mestilah bersedia menampung sendiri kos yang pernah disubsidikan Tabung Haji," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Sukan Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Perak (Kemas).

Ahmad Zahid berkata, tahun lalu Tabung Haji memberikan subsidi sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah untuk mengurangkan kos penerbangan, penginapan, kesihatan dan pengangkutan di tanah suci Mekah dan Madinah pada setiap musim haji.

Beliau berkata, jemaah haji yang mengikuti pakej anjuran anak syarikat Tabung Haji turut diberi subsidi kira-kira RM1,000.

Menurut beliau, Tabung Haji mampu berbuat demikian sebelum ini kerana lembaga itu memperoleh 67 peratus pendapatan daripada keuntungan pelaburan saham di kaunter berlandaskan syariah Islam di Bursa Saham Malaysia dan hasil pelaburan hartanah serta jualan komoditi kelapa sawit.

Selain itu Ahmad Zahid juga yakin jumlah kuota 26,000 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi untuk negara ini tidak terjejas langsung berikutan kegawatan ekonomi dunia.

Setakat ini, tambahnya, 380,000 umat Islam di negara ini mendaftar untuk menunaikan ibadah haji tetapi hanya 26,000 sahaja kuota yang diberikan.

Beliau yakin ramai jemaah mampu membiayai kos tambahan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

"Keadaan ini berlaku ketika musim kemelesetan ekonomi dunia dan ia mungkin kembali seperti asal apabila kedudukan hasilnya pulih semula," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.