saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 05/01/2009

Kafe siber tumpuan pelajar ponteng


Sebahagian daripada remaja yang sedang melayari internet disalah sebuah siber cafe di Cheras, Kuala Lumpur.


WALAUPUN kerajaan memberi penekanan untuk membudayakan komunikasi teknologi maklumat, namun kewujudan pusat-pusat kafe siber sering dipandang serong kerana sering disalahgunakan untuk tujuan yang negatif.

Sebab itu, apabila disebut kafe siber, ia tidak dilihat sebagai tempat untuk mengakses Internet bagi mendapatkan maklumat berfaedah, tetapi akan dikaitkan dengan perjudian dan permainan video yang hanya membazir masa.

Malah terdapat pengusaha yang menyalahgunakan lesen untuk tujuan mengaut keuntungan cara mudah walaupun ia melanggar undang-undang.

Bagi para pelajar yang nakal pula, kafe siber yang menawarkan permainan video sering menjadi tempat persembunyian ini.

Bagi menyelami masalah yang telah berakar umbi itu, wartawan Utusan Malaysia Au Yeong How dan jurugambar meninjau secara dekat gejala ini sebelum cuti persekolahan lalu.

Apa pun hanya segelintir kafe siber yang beroperasi secara haram. Namun yang segelintir inilah menjadi punca kepada keruntuhan moral di kalangan generasi muda yang memerlukan tindakan berterusan dan tegas daripada pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Kafe Siber sama ada yang berlesen ataupun yang beroperasi secara haram sering menjadi tumpuan pelajar untuk ponteng sekolah.

Namun kegiatan para pelajar terbabit biasanya sukar dikesan kerana mereka akan menyalin dahulu pakaian seragam sebelum meneruskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Sehubungan itu penulis telah menyamar sebagai pelajar sekolah bagi melihat secara lebih dekat gejala yang sering dikaitkan dengan krisis sosial dan moral di negara ini.

Pada hari pertama, penulis dengan berpakaian seragam pelajar sekolah menengah berpeleseran di sekitar Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza dan Berjaya Times Square untuk mencari tempat tumpuan pelajar ponteng.

Walaupun ada arked video dan kafe siber di situ, tetapi tidak ada pelajar ponteng dan daripada maklumat jika ada pun mereka sukar dikesan kerana sudah bertukar pakaian.

Pada hari kedua, hasil cadangan rakan setugas, penulis melepak di sebuah restoran di Setapak, Kuala Lumpur tempat tumpuan pelajar ponteng.

Penulis membuat pengawasan bermula pukul 6.50 pagi. Pada pukul 7 pagi muncul tiga pelajar dengan pakaian tidak terurus, bersarapan di satu sudut terpencil restoran tersebut.

Naluri penulis merasakan mereka mahu ponteng sekolah kerana masih melepak walaupun waktu persekolahan sudah bermula.

Penulis kemudian menghampiri mereka dan bertanya tentang kafe siber yang menawarkan permainan komputer dengan kadar yang murah.

Mereka menunjukkan sebuah premis di seberang jalan dan tinjauan saya mendapati ada dua kafe siber di situ.

Setelah mendapati tiada pelajar ponteng di situ, penulis kembali kepada kumpulan tiga pelajar tadi. Setelah berjaya menyakin mereka bahawa penulis juga ponteng sekolah penulis 'diterima' untuk bersama mereka yang dikenali sebagai Eason, Mohd. Khairul dan Chan (bukan nama sebenar).

Mereka merupakan para pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah persendirian.

Mereka bersarapan pagi bersama-sama dengan hidangan nasi goreng, nasi lemak dan roti bakar serta kopi.

Sambil berbual selama hampir sejam setengah dengan mereka, penulis mendapati mereka kerap berbahasa kesat, merokok dan bersembang kosong bagi menghabiskan masa.

Pemerhatian penulis juga mendapati Eason membelanja rakan-rakannya makan dan rokok dengan wang kertas RM50.

Terkejut seketika apabila mengetahui kos sarapan pagi itu hampir mencecah RM16. Itu belum termasuk duit rokok jenama terkenal.

Pada pukul 8.30 pagi, kami bergerak ke kafe siber yang terletak bersebelahan kedai itu. Keadaan dalaman kedai itu gelap. Ia dikawal oleh tiga pemuda yang lagaknya seperti samseng.

Ia adalah satu dewan besar yang menghimpunkan ratusan komputer. Kesemuanya dikunci dengan mesej Sila buat bayaran di kaunter terlebih dahulu.

Ketika itu, terdapat lebih kurang lima hingga enam pelajar lain yang ponteng sedang bermain permainan komputer.

Kami duduk di sebaris meja di penghujung dewan. Belum sempat saya membayar apa-apa, Eason telah terlebih dahulu membuat pembayaran untuk kami semua.

Dia membayar semuanya sebanyak RM16 untuk permainan tanpa henti selama dua jam. Kadar bayarannya ialah RM2 sejam.

Walaupun dua jam permainan video adalah masa yang singkat untuk mereka, namun ia adalah masa yang paling sukar untuk penulis melaluinya.

Setelah tempoh dua jam tamat kami kembali ke restoran tadi untuk makan.

Sejam kemudian, seorang rakan mereka datang. Dia yang bernama Daniel, ialah pelajar sesi petang di sekolah yang sama.

Sebagai membalas budi Eason membelanja saya bermain permainan komputer, saya pula membayar kos makan minum mereka berjumlah RM26 kesemuanya.

Pada waktu tengah hari (pukul 12 tengah hari), kami kembali ke kafe siber yang sama. Ini kerana, Eason memberitahu, mereka masih ada satu jam lagi sebelum sekolah bersurai dan mereka akan pulang ke rumah selepas itu.

Ketika itu lebih ramai pelajar di dalamnya yang membuat bising selain bunyi bising daripada permainan video.

Penulis bersama 'rakan' baru itu beredar dan kemudiannya berpisah setelah tempoh masa permainan tamat.

Namun dalam kafe siber itu masih penuh dengan para pelajar termasuk sebahagian besarnya berpakaian seragam sekolah.

Mereka berbuat demikian tanpa rasa takut seolah-olah tidak ada penguatkuasaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.