saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/01/2009

Satu era baru bagi SPRM

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dikecualikan daripada menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Putrajaya setelah badan itu mengambil alih tugas Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai awal tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pengecualian tersebut merupakan satu era baru dan ia diharap dapat menghakis persepsi masyarakat yang mengatakan badan itu dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

"Melalui langkah menaik taraf badan ini sebagai satu suruhanjaya, kita dapat berusaha mempertingkatkan lagi akauntabiliti, ketelusan dan keberkesanan badan ini.

"Saya begitu optimis penubuhan SPRM adalah jawapan kepada masalah persepsi negatif masyarakat terhadap BPR sebelum ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bermula 1 Januari lalu, SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR.

Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.

Menurut Ahmad Said, ketika BPR beroperasi sebelum ini, masyarakat sering menganggap ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan walaupun hakikatnya tidak.

"Justeru, pengecualian dari perhimpunan bulanan JPM ini dapat dilihat sebagai petanda kita sebuah badan yang bebas beroperasi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.