saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/01/2009

Suhakam sifatkan polis bertindak kasar

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kekasaran polis di Bandar Mahkota Cheras pada 27 Mei tahun lalu, mendapati polis bertindak kasar sehingga mengancam keselamatan dua orang awam.

Pesuruhjaya Suhakam yang juga pengerusi panel siasatan awam tersebut, Datin Paduka Zaitoon Othman berkata, berdasarkan keterangan yang dikemukakan pada panel siasatan awam berkenaan, anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah melakukan pencabulan hak asasi manusia dalam insiden tersebut.

‘‘Bagaimanapun panel siasatan tidak dapat mengenal pasti anggota polis dan FRU yang bertanggungjawab kerana terdapat beberapa keterangan yang bercanggah dan tidak jelas,’’ katanya ketika membaca laporan siasatan awam Suhakam berhubung insiden di Bandar Mahkota Cheras di ibu pejabat Suhakam di sini hari ini.

Insiden tersebut berlaku ketika pasukan FRU dan polis dihantar bagi mengawal keadaan apabila penduduk Bandar Mahkota Cheras cuba merobohkan tembok penghadang yang menghalang mereka dari masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang tanpa membayar tol.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah dua lagi pesuruhjaya Suhakam yang merupakan ahli panel siasatan awam berkenaan iaitu Datuk Dr. Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim.

Tambah Zaitoon, ahli panel siasatan berkenaan turut mencadangkan supaya anggota polis dan FRU yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

‘‘Selain daripada itu, panel siasatan awam juga mencadangkan supaya pasukan polis dan FRU menggunakan garis panduan antarabangsa ketika melaksanakan tugas mereka.

‘‘Nama dan nombor badan anggota polis dan FRU juga perlu dipamerkan dengan jelas dalam sebarang operasi,’’ katanya.

Jelas Zaitoon, panel siasatan juga mencadangkan supaya pihak polis menjalankan siasatan mereka sendiri.

‘‘Laporan siasatan awam Suhakam ini akan dihantar kepada pihak polis, Kementerian Dalam Negeri, pejabat Peguam Negara dan pihak pengadu dalam waktu terdekat,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.