saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 08/01/2009

Saham MMC, Gamuda jadi tumpuan

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Penarikan balik arahan henti kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar dijangka akan menarik minat belian terhadap saham MMC Corporation Bhd. dan Gamuda Bhd., kata para penganalisis.

Menurut mereka, ‘‘Penangguhan itu menyebabkan pembaziran wang. Dengan penarikan balik arahan tersebut, projek tersebut boleh diteruskan tanpa sebarang kelewatan lagi.’’

Saham Gamuda kekal pada paras RM2.03 selepas bertahan pada nilai RM2.44 manakala saham MMC turun 2.5 peratus kepada RM1.18.

Arahan henti kerja ditarik balik selepas syarikat usaha sama MMC-Gamuda JV membayar RM4 juta yang merupakan bayaran berhubung caruman perparitan, bayaran denda, bayaran kerja tanah dan bayaran pelan rancang kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

MMC-Gamuda JV yang sepatutnya membayar RM7.4 juta kepada kerajaan negeri akan membayar baki caj sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada penghujung bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.