saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/01/2009

Jins Shamsuddin terima Anugerah Seniman Negara


MOHD. Shafie Apdal mengucapkan tahniah kepada Jins Shamsuddin selepas sidang akhbar mengumumkan para penerima Anugerah Seniman Negara Kelapan di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Senator Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini diumumkan penerima Anugerah Seniman Negara bagi menghargai sumbangan beliau selama hampir setengah abad dalam pembangunan industri seni tanah air.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai pemenang hadiah utama dalam Anugerah Seni Negara (ASN) Kelapan, Jins akan menerima anugerah tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis tidak lama lagi.

"Sumbangan beliau dalam industri perfileman dan seni tanah air tidak dapat ditandingi.

''Justeru beliau diputuskan sebagai calon paling layak menerima anugerah itu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan para penerima ASN Kelapan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shafie, tokoh seni itu akan menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000, trofi, sepersalinan lengkap baju Melayu songket dan kemudahan perubatan percuma wad kelas pertama di hospital kerajaan.

Jins juga akan menjadi pengkarya, pencipta karya tamu kehormat dan pakar rujuk dalam bidangnya serta dilantik sebagai wakil kementerian pada seminar atau forum peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Katanya, ASN diadakan setiap dua tahun sejak 1993 dan sehingga kini seramai tujuh pencinta seni dan budaya telah dinobatkan sebagai Seniman Negara berdasarkan penglibatan mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 16 orang akan menerima anugerah bagi kategori lain ASN iaitu Anugerah Karyawan Seni bagi mereka yang bergiat aktif dalam seni muzik, seni tari, teater, visual dan filem yang bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000 serta trofi dan sijil.

Antara penggiat seni yang menerima anugerah ialah Fauziah Nawi, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan penari Norsiah Yatim serta pelakon Rosyam Noor.

Pelakon muda, Farid Kamil Zahari diumumkan penerima Anugerah Bakat Muda bagi kategori seni filem manakala pelakon teater, Gan Hui Yee menerima Anugerah Bakat Muda bagi kategori seni teater.

"Kedua-duanya adalah antara 15 penerima Anugerah Bakat Muda ASN yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi, sijil dan program latihan di bawah Skim Latihan Penggiat Seni kementerian," katanya.

Beliau berkata, lima lagi agensi kerajaan dan swasta serta individu menerima Anugerah Pendukung Seni iaitu akhbar Berita Harian bagi kategori sektor media dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan bagi sektor pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula menerima anugerah bagi sektor awam manakala Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi sektor swasta sementara penggiat seni, Datin Paduka Raja Fuziah Tun Uda menerima anugerah bagi kategori individu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.