saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/01/2009

Tahun mencabar Primeworks


AHMAD PUAD ONAH


TIDAK dinafikan tahun 2008 menyaksikan keunggulan beberapa buah filem Melayu yang berjaya mencatatkan kutipan yang cukup memberangsangkan.

Ia sekali gus membuktikan bahawa peminat masih lagi menyokong filem Melayu meskipun ada yang mengatakan filem Melayu bagaikan tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat kita.

Filem-filem seperti Congkak, Histeria, Duyung, Dunia Baru The Movie, Cuci, Evolusi KL Drift, Susuk dan Senario The Movie Episode: 1 antara filem-filem tempatan yang berjaya membuat kutipan pecah panggung atau box-office tahun lalu.

Namun, mampukah filem Melayu terus bertahan untuk mencatatkan kutipan box-office untuk tahun 2009 memandangkan tahun ini dianggap sebagai tahun yang cukup mencabar di kala keadaan ekonomi global sekarang ini tidak menentu.

Salah sebuah syarikat penerbitan filem terunggul negara, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) yang kini dikenali dengan nama Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Primeworks) merupakan antara syarikat yang berjaya mencatatkan kutipan filem yang cukup memberangsangkan sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah keseluruhan kutipan kasar filem tempatan pada tahun 2008 iaitu RM39 juta setakat 23 Disember lalu, sebanyak RM29 juta merupakan kutipan yang dibuat menerusi Primeworks.

Jumlah itu merangkumi 14 buah filem yang diterbitkan oleh Primeworks selain daripada hasil edaran dan usahasama syarikat berkenaan dengan syarikat perfileman lain.

Walaupun jumlah kutipan itu ada menunjukkan peningkatan dan sesuatu yang menggembirakan, namun, bagi Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios Sdn. Bhd., Ahmad Puad Onah, seharusnya filem Melayu boleh mencapai tahap yang lebih membanggakan.

Akan tetapi, dengan masalah kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan Ogos lalu, menjadikan penonton lebih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka.

“Perkara sebegini memang tidak boleh dielakkan. Kalau kita lihat filem-filem yang mendapat sambutan box-office semuanya ditayangkan sebelum kenaikan harga minyak.

“Malah, sebelum itu pun, kami memang menjangkakan beberapa buah filem yang akan mendapat sambutan hangat namun, semuanya meleset apabila kebanyakannya tidak mencapai tahap yang membanggakan.

“Filem-filem berkenaan juga hanya mampu mencatatkan kutipan tiket yang tinggi pada minggu pertama tayangan sahaja. Selepas daripada itu, hanyalah sekadar cukup makan sahaja,” jelasnya ketika dihubungi Hits baru-baru ini.

Untuk itu, katanya, tahun 2009 akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihaknya dalam menerbitkan filem memikirkan strategi yang terbaik agar filem Melayu terus mendapat tempat di hati penonton.

“Dengan kelembapan ekonomi sekarang, menonton wayang bukan lagi satu keutamaan dan mereka juga harus memikirkan filem yang mana harus ditonton yang berbaloi dengan duit mereka.

“Bukan itu sahaja, dengan filem hebat dari Hollywood yang akan menjengah pawagam tahun ini, ia juga menjadi cabaran buat kami untuk memasarkan filem-filem kami,” katanya lagi.

Untuk tahun 2009, Primeworks akan membuka tirainya dengan tayangan filem komedi Sifu & Tongga pada 29 Januari depan dengan mempertaruhkan nama-nama besar seperti Saiful Apek, Erra Fazira dan juara Raja Lawak musim kedua, Nabil.

Selain itu, beberapa buah filem terbitan dan usahasama Primeworks yang bakal menjengah pawagam tahun ini adalah Bohsia, Pisau Cukur, Janin, Rasukan Ablasa dan Talentime.

Tambah Puad lagi, meskipun berdepan dengan masalah ekonomi, pihaknya akan tetap membantu penerbit filem baru dalam memasarkan hasil karya mereka.

“Antaranya yang menjadi pilihan kami adalah sebuah filem animasi iaitu Geng: Pengembaraan Bermula dan Jintan yang diterbitkan oleh seorang pengarah baru.

“Selain filem, kami juga dalam perancangan untuk menerbitkan drama yang akan disiarkan di stesen-stesen televisyen lain,” jelasnya.

Senarai kutipan filem

terbitan Primeworks

1) Dunia Baru The Movie - RM2.2 juta

2) Susuk - RM2.1 juta

3) Sepi - RM857,000

4) Budak Kelantan

- RM 852,000

Senarai kutipan filem edaran Primeworks

1) Cuci - RM2 juta

2) Anak - RM1.2 juta

3) Cinta U-Turn - RM679,000

4) Pensil - RM38,000

Senarai kutipan filem usahasama bersama Primeworks

1) Duyung - RM4.7 juta

2) Senario The Movie:

Episode 1 - RM4.6 juta

3) Evolusi KL Drift - RM4 juta

4) Cicak-Man 2: Planet Hitam - RM2.5 juta (setakat 24 Disember 2008)

5) Antoo Fighter - RM2.1 juta

6) Kami - RM1.3 juta

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.