saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 10/01/2009

Kesesakan jejas imej Cameron Highlands

KUANTAN 9 Jan. - Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron yang terletak di ketinggian 1,829 meter dari aras laut ditemui pada tahun 1885 oleh seorang pegawai Inggeris bernama William Cameron.

Pegawai Inggeris terbabit didakwa menemui kawasan bersuhu antara 21 darjah selsius hingga 23 darjah selsius itu ketika sedang membuat tinjauan pemetaan atas arahan Kerajaan British di Tanah Melayu ketika itu.

Bermula dari saat itu, Cameron Highlands mula menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran keunikan atmosfera dan keindahan alam semula jadi yang terdapat di situ.

Pembangunan Cameron Highlands bermula seawal tahun 1952 apabila ia disyorkan oleh pihak berkuasa ketika itu untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan pelancongan.

Pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan bangunan-bangunan komersial mula dilakukan bagi menjadikan Cameron Highlands sebuah pusat pelancongan yang berprestij.

Kini, setelah lebih 80 tahun, Cameron Highlands yang dahulunya hanya salah sebuah pergunungan telah menjadi pusat peranginan yang amat terkenal di semenanjung Malaysia.

Malah, kawasan yang dahulunya dikelilingi hutan tebal itu telah mempunyai pelbagai kemudahan termasuk beberapa bandar seperti Brinchang, Tanah Rata, Ringlet, Kampung Raja dan Tringkap yang menyediakan tempat penginapan untuk pengunjung.

Lebih membanggakan, terdapat sebuah penempatan orang Melayu pertama di Cameron Highlands iaitu Kampung Taman Sedia yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang.

Ekoran keadaan cuaca yang sejuk dan segar di kawasan itu, pelbagai tumbuhan iklim sederhana sesuai ditanam seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan bermutu tinggi yang jarang didapati di tempat lain.

Dianggarkan, ribuan pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara mengunjungi Cameron Highlands pada musim cuti.

Namun, disebalik kejayaan yang dikecapi Cameron Highlands ketika ini, masih terdapat ruang-ruang perlu diperbaiki bagi memastikan kawasan peranginan itu terus mantap sebagai sebuah pusat pelancongan terkemuka tanah air.

Salah satu kekurangan paling ketara ialah masalah kesesakan lalu lintas apabila jalan-jalan yang terdapat di pusat peranginan itu sempit dan menyukarkan ribuan kenderaan bergerak pada setiap kali musim percutian.

Kesesakan itu menjejaskan 'mood' pelancong kerana terpaksa menghadapi krisis lalu lintas sebagaimana dialami ketika berada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Beberapa penduduk mendakwa, setiap kali musim percutian, kesesakan lalu lintas yang teruk pasti berlaku terutama di kawasan bandar ekoran jalan yang sempit dan pengunjung meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana kekurangan tempat meletak kenderaan.

Salah seorang anak jati Cameron Highlands, Noridzuan Ramli, 19, berkata, kesesakan jalan raya di Cameron Highlands merupakan masalah yang tidak dapat dielakkan terutama apabila tiba musim percutian termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Ia kerana, katanya, pada musim dan hari tersebut, ratusan kenderaan akan membanjiri kawasan pergunungan itu untuk menikmati keindahan dan kesejukan yang terdapat di Cameron Highlands.

''Jalan di bandar-bandar di sini akan dipenuhi kenderaan hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas pada waktu tersebut.

''Faktor utama kesesakan disebabkan jalan yang sempit tidak dapat menampung bilangan kenderaan yang menaiki kawasan pergunungan ini," katanya.

Noridzuan yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di Cameron Highlands berkata, dia sering mendengar rungutan di kalangan pelancong mengenai kesibukan lalu lintas di kawasan peranginan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, adalah wajar untuk pihak berkenaan memikirkan langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut kerana memang sukar untuk membina jalan yang lebih lebar di kawasan pergunungan terbabit.

Seorang pelancong, Man Ali, 26, berkata, selain masalah jalan yang sempit, masalah kekurangan tempat letak kenderaan juga menjadi salah satu punca kepada kesesakan jalan raya yang berlaku.

Menurut kakitangan kerajaan tersebut, setiap kali musim percutian, ratusan kenderaan akan mengunjungi Cameron Highlands dan sebahagian daripada mereka akan bermalam di kawasan peranginan itu.

''Jadi apabila terlalu banyak kenderaan, tempat letak kenderaan sedia ada tidak mampu menampung bilangan kenderaan di sini.

''Kenderaan yang gagal mendapatkan tempat letak kenderaan akan meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan dan ini menyebabkan jalan yang sempit bertambah sempit," katanya.

Rakannya, Osman Alias, 24, turut bersetuju dengan pendapat itu dan meminta pihak terbabit mengatasi masalah berkenaan supaya ia tidak menjejaskan imej Cameron Highlands.

Menurutnya, kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan peranginan itu memang sukar diatasi memandangkan kawasannya yang bergunung-ganang dan berlurah pasti menyukarkan kerja-kerja melebarkan jalan.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu perlu diambil bagi memastikan pelancong berasa selesa di Cameron Highlands kerana kebanyakan mereka yang datang ke situ untuk melepaskan tekanan dan bukan menambah tekanan.

''Sebagai contoh, jalan dari Brinchang ke Kampung Raja sering berlaku kesesakan yang amat teruk kerana ia antara laluan utama di Cameron Highlands," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.