saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/01/2009

Gerhana matahari separa pada 26 Januari

12/01/2009 9:30pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. — Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Jan ini.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Gerhana Matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Angkasa berkata fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.

“Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ’sentuhan pertama’ iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa.” Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Jan ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem “SOS Planet” di Teater Angkasa pada 5 petang dan Tayangan Laser “The Legend of the Night Sky”. Orang ramai juga boleh menyaksikan Pameran Gerhana Matahari dan menyertai pelbagai aktiviti lain secara percuma menerusi Program Harian Gerhana Matahari Separa pada 20 hingga 30 Jan ini di tempat yang sama.

Menurutnya, tujuan menganjur program ini adalah untuk memberi pendedahan sekali gus menanam minat terhadap astronomi di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.