saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/01/2009

Mawi, Ekin enggan terlalu terdedah


entah APA YANG DICERITAKAN OLEH MAWI (KIRI) SEHINGGA MENYEBABKAN EKIN TERSENYUM GIRANG.


OLEH kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasangan ini menjadi perhatian umum.

Malah pendedahan ceritera cinta mereka dari awal pengenalan sehingga ke jinjang pelamin rasanya bukan sedikit.

Dek kerana itu ada suara-suara di belakang yang mengatakan mereka ini semakin menunjuk-nunjuk.

Namun jauh di sudut hati penyanyi lelaki popular ini dia tidak pernah merancang atau terfikir sehingga sebegini jadinya rencah percintaannya dijaja.

Jelas Mawi dalam nada yang tenang: "Saya dan Ekin tak pernah pun terfikir nak dedahkan diri kami sehingga begini. Kami tak terlintas pun, apa yang kami jayakan atau buat adalah semata-mata memenuhi kehendak pihak-pihak tertentu yang mahukan cerita-cerita sebegitu."

Enggan menuding jari menyalahkan sesiapa namun harapan Mawi agar khalayak memahami apa yang mereka lakukan itu semata-mata mahu memberikan yang terbaik kepada para peminatnya.

"Apabila orang ajak kita untuk terlibat dalam program atau apa sahaja untuk bercerita semula tentang percintaan dan sebagainya kami tak mampu untuk menolak. Sebabnya hanya satu kerana kami tak mahu peminat-peminat yang mahu mengetahui tentang kami terlepas. Jadi demi menjaga hati semua pihak kami lakukannya.

"Tapi kalau ada yang tak selesa atau tak suka kamu tak boleh buat apa kerana apa yang kami lakukan ini juga merupakan satu kerja," katanya ketika ditemui selepas rancangan Sehati Sejiwa terbitan TV1 yang disiarkan secara langsung minggu lalu.

Akur dengan apa yang berlaku, kedua-duanya akan berusaha untuk mengurangkan pendedahan tersebut.

"Saya cuba selepas ini untuk kurang terdedah sebab kami pun bukan mahu semua ini berlaku tapi semuanya secara tak sengaja," katanya lagi.

Dua minggu yang menyeronokkan

Beralih perbualan bertanyakan kepada pasangan tersebut kehidupan selepas hampir dua minggu bersama nyata kedua-duanya ceria.

Kata Mawi: "Seronok sebab ada orang jaga makan dan minum kita. Ada teman mahu berbual dan bangun pagi rumah pun dah berkemas."

Sampuk Ekin: "Memanglah seronok sebab bangun tidur sahaja semuanya sudah tersedia."

Akui Mawi sememangnya dia begitu gembira dan bersyukur dengan apa yang sedang dilaluinya.

"Alhamdulillah dan saya berharap ia akan kekal ke akhir hayat," ujarnya dalam nada ceria.

Tidak dapat sertai AJL 23

Berita penarikan diri Mawi daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 menerusi lagu Doa Dalam Lagu duet bersama Heliza pada 18 Januari ini sudah diketahui ramai.

Semuanya kerana, Mawi dan isterinya berada di Korea pada tarikh itu untuk menikmati bulan madu mereka.

Menurut Mawi, dia yakin penggantinya Zahid mampu menggalas tanggungjawab itu dengan baik.

"Dia ada pengalaman dan saya yakin dia dan Heliza boleh menyanyikan lagu itu dengan baik. Masing-masing ada kekuatan dan apabila bersatu pastinya akan membuatkan lagu itu jadi bagus," jelasnya lagi.

Pun begitu Mawi berharap peminat-peminatnya akan berdoa agar kejayaan berpihak kepada lagu tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.