saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/01/2009

Feri karam: Air pasang halang usaha menyelamat


wanita ini tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendapat tahu anak perempuannya terkorban dalam nahas feri karam di Pare Pare, Sulawesi, semalam.
- AFP


PARE PARE, Indoensia 12 Jan. - Air pasang menghalang usaha mencari 250 penumpang yang hilang di laut setelah sebuah feri yang mereka naiki karam dekat Pulau Sulawesi, semalam.

Feri Teratai Prima seberat 700 tan yang membawa 250 penumpang dan 17 anak kapal itu karam di perairan Kalimantan kira-kira 50 kilometer di timur pantai Sulawesi Barat.

Kejadian itu berlaku ketika feri itu dalam perjalanan dari pelabuhan barat Pare Pare ke Samarinda, Indonesia awal pagi semalam.

Kira-kira 22 orang termasuk empat krew feri itu berjaya diselamatkan oleh nelayan semalam dan dihantar ke hospital untuk rawatan, sebelum pihak tentera melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

"Seramai 250 orang penumpang masih dalam senarai hilang," kata pegawai pelabuhan Pare Pare, Junaidi.

Menteri Pengangkutan, Jusman Syafi'i Djamal berkata, kapten feri yang merupakan antara mereka yang terselamat memberitahu bahawa kira-kira 150 orang telah terjun ke laut sebelum feri itu tenggelam.

"Kami sedang menjalankan operasi bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa yang hilang tetapi ombak besar menghalang gerakan mencari dan menyelamat," kata Jusman.

Feri yang turut membawa 18 tan kargo itu terputus hubungan radio akibat dihentam ombak besar, sebelum terbalik dan karam, kata pegawai pelabuhan, Nurwahida.

Majene yang terletak kira-kira 1,370 kilometer ke selatan ibu kota Jakarta adalah bandar paling hampir dengan kawasan kejadian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.