saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/01/2009

Petrol turun lagi jika harga minyak bawah AS$40

PUTRAJAYA 14 Jan. - Kerajaan akan menurunkan harga petrol dan diesel sekiranya harga minyak di pasaran dunia secara puratanya berlegar di bawah paras AS$40 (RM142.80) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd. Samad bagaimanapun berkata, setakat ini kerajaan tidak akan mengumumkan sebarang penurunan harga memandangkan dari awal bulan ini sehingga semalam harga purata bahan mentah itu sekitar AS$43.

''Saya tahu ada orang gembira apabila harga minyak boleh sampai bawah AS$40 tetapi sepanjang tempoh Januari ini, hanya dua hari harga minyak berada pada paras di antara AS$37.59 dan AS$37.78 setong.

''Kita tidak mempunyai asas harga untuk satu hari sebaliknya purata sepanjang dua minggu dan setakat ini belum nampak boleh turun kerana sebarang penurunan ialah kalau purata di bawah AS$39.59 setong," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Berkuatkuasa 15 Disember lalu, harga petrol RON97 turun kepada RM1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing RM1.70 seliter.

Penurunan harga itu merupakan kali ketujuh dilaksanakan kerajaan sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Shahrir berkata, setakat ini kerajaan akan mempertahankan harga bahan api itu pada kadar RM1.80 seliter dan sebarang kenaikan hanya dilakukan jika harga minyak mentah melonjak kembali pada kadar AS$78.73 seliter.

''Dengan harga RM1.80 seliter, kerajaan harap rakyat dapat bersikap lebih ekonomik iaitu merancang perjalanan dan tidak memandu terlalu laju.

''Dengan penjimatan melalui harga minyak yang rendah itu, mereka boleh berbelanja untuk membeli barangan keperluan lain," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian ke atas skim pemberian rebat tunai bagi pemilik kenderaan selepas Mac ini.

''Rebat bukanlah suatu yang berterusan tetapi untuk pada masa susah, iaitu ketika harga minyak pada paras RM2.70 seliter pada Jun tahun lalu.

''Tetapi kerajaan memberikan wang tunai meskipun selepas tiga bulan kemudian iaitu mulai Ogos lalu, kerajaan telah menurunkan harga minyak," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.