saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/01/2009

Dua beradik maut kenderaan terbakar

JASIN 15 Jan. – Dua beradik perempuan rentung selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 28, Lebuh Raya Alor Gajah, Melaka (AMJ), dekat sini petang ini.

Kedua-dua mangsa yang rentung dikenali sebagai Siti Syaiha Salleh, 24, dan adiknya, Nurul Balqis, 22. Mereka berasal dari Parit Haji Baki, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor.

Siti Syaiha sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak manakala adiknya pula masih bujang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Supritendan Jasmani Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, kenderaan jenis Perodua Rusa yang dipandu oleh salah seorang mangsa dipercayai dari arah Muar ke Merlimau.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumah untuk berniaga ke pasar malam di Merlimau dekat sini.

Menurutnya, kedua-dua beradik itu dipercayai peniaga pakaian di pasar malam berkenaan berdasarkan penemuan beberapa cebisan pakaian, meja lipat dan sebuah generator yang turut hangus dalam kejadian itu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai tayar belakang kenderaan itu meletup menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan hingga terbabas ke kiri bahu jalan dan masuk ke dalam sebuah longkang berhampiran.

‘‘Akibatnya, kenderaan itu terbalik sebelum terbakar menyebabkan mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan tidak dapat menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, sepasukan bomba dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Merlimau mengambil masa selama 10 minit untuk mengawal kebakaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.