saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/01/2009

Datuk Bandar tarik diri urus pilihan raya

KUALA TERENGGANU 15 Jan. - Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim mengambil keputusan menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik berkata, sehubungan itu Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Wan Mustafa Wan Hassan dilantik Pegawai Pengurus pilihan raya yang baru.

Beliau berkata, berkuat kuasa serta-merta, Wan Mustafa yang sebelum ini merupakan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P.36 kini menjalankan fungsi-fungsi dan tanggungjawab sebagai Pegawai Pengurus selaras dengan peruntukan seksyen 3 (c) dan 5 (1)(a) Akta Pilihan Raya 1958.

"SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas berkenaan dengannya dan setelah memperhalusi daripada pelbagai sudut, SPR menerima permohonan penarikan diri Datuk Bandar itu sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

"SPR merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan Mat Razali yang telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik termasuk semasa urusan pada hari penamaan calon dan sepanjang tempoh rasmi berkempen sehingga hari ini," kata beliau dalam kenyataan di sini malam ini.

Kedudukan Mat Razali mula menimbulkan polemik apabila Pas semalam mendakwa beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Datuk Bandar dengan menyeru kakitangan MBKT menyokong calon BN dalam satu pertemuan tertutup.

Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Wan Abd. Mutalib Embong yang membuat kenyataan itu mendakwa, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Mat Razali adalah Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Bagaimanapun, Mat Razali semalam menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan pertemuan tersebut sebagai perjumpaan biasa yang dilakukan sejajar dengan tanggungjawabnya sebagai Datuk Bandar.

Sementara itu, Mat Razali ketika dihubungi menjelaskan, beliau berbuat demikian bagi memastikan imej SPR tidak terjejas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.