saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/01/2009

Fakta menarik sejarah Juara Lagu


SITI NURHALIZA


- Datuk Ahmad Merican, (ketika itu Pengurus Rancangan TV3) merupakan perintis kepada program Muzik-Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad 2 Mac 1986, pukul 8.30 malam.

- Pada peringkat awal penganjuran Juara Lagu sehingga tahun 1991, orang awam diberi mandat memilih calon lagu menerusi akhbar harian tempatan untuk mengundi lagu yang layak menjadi juara bulanan yang layak ke peringkat akhir.

- Antara lokasi kemuncak AJL ialah Dewan San Choo di Wisma MCA, Kuala Lumpur Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas 2 dan Dewan Bandaraya Shah Alam, Dewan Merdeka, PWTC dan Stadium Putra, Bukit Jalil.

- Personaliti-personaliti popular yang pernah menjadi pengacara AJL ialah Abas Bakar, Karim Muhammad, Noor Kumalasari, Charmaine Augustine, Aznil Nawawi, Fauziah Ahmad Daud, Melissa Saila, Sarimah Ibrahim, Aidiel Abu Ghaffar, N.D. Lala, Shamsul Ghau Ghau, Anne Hamid dan Ary Malik.

- Mulai tahun 1992, format Juara Lagu diubah sepenuhnya apabila buat pertama kalinya, TV3 memperkenalkan format pembahagian lagu mengikut kategori iaitu Irama Malaysia, Pop Kreatif dan Rock.

- Pengenalan kategori kali pertama ini menyaksikan lagu Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Yang Remeh Temeh (Pak Pandir) dan Di Alam Fana Cinta (Fotograf) menjadi pemenang pertama menerusi kategori Pop Kreatif, Irama Malaysia dan Rock.

- Kemudian pada tahun 1993, Pop Kreatif dan Rock ditukar kepada Balada dan Pop Rock dan ia kekal sehingga ke hari ni.

- M..Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud pada tahun 1997, Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Andalusia (1999).

- Aubrey Suwito menjadi komposer bukan Melayu pertama yang memenangi AJL pada tahun 2006 menerusi lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor.

- Empat buah kumpulan yang pernah memenangi AJL ialah Search (1989), Mega (1991), Spider (2005) dan Estranged 2008).

- Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam AJL selain memenangi AJL sebanyak dua kali iaitu menerusi lagu Menaruh Harapan (1987) dan Cinta Beralih Arah (1995).

- Penyanyi bersuara mantap, Aishah merupakan penyanyi pertama yang memenangi AJL lebih daripada sekali iaitu pada tahun 1990 menerusi lagu Janji Manismu dan lima tahun berikutnya, untuk lagu Cinta Beralih Arah.

- Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza mengikut jejak langkah Aishah apabila berjaya menjuarai AJL sebanyak tiga kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998) dan Balqis (2000).

- Siti Nurhaliza juga menjadi artis yang paling kerap layak ke AJL bermula dari tahun 1996 sehingga 2008. Bilangan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza adalah paling banyak iaitu sebanyak 18 buah lagu.

- Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila memenangi Persembahan Terbaik sebanyak lima kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Aku Cinta Padamu (1997), Ya Maulai (2001), Nirmala (2002) dan Ku Milikmu (2004).

- Anugerah Persembahan Terbaik pertama kali dimenangi oleh kumpulan Alleycats menerusi lagu Sampaikan Salam Cintaku pada tahun 1996.

- Lagu Sinaran ciptaan Azlan Abu Hassan yang dinyanyikan oleh Sheila Majid terkandas di peringkat separuh akhir pada tahun 1987. Sejak daripada itu, lagu dendangan Sheila Majid tidak lagi dicalonkan untuk AJL.

- Anugerah Vokal Terbaik yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2002 menyaksikan penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim memenanginya menerusi lagu Gelisah Mimpi. Misha Omar pula menangi anugerah tersebut sebanyak dua kali berturut-turut menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan pada tahun 2003 dan 2004.

- Artis bukan Melayu yang berjaya ke peringkat akhir AJL ialah Alleycats pada tahun 1986 dan 1987), Ben Nathan (1988), Francesca Peter (1986, 1987, 1988), Vince (2004), Jaclyn Victor (2005 dan 2008) dan Stacy (2009).

- Hanya tiga saja penyanyi veteran yang pernah menyertai AJL iaitu Allahyarham Rosiah Chik, Datuk M. Daud Kilau dan Aspalela Abdullah. l Penyanyi Indonesia, Endang S. Taurina merupakan satu-satunya penyanyi luar negara yang pernah bertanding di AJL menerusi lagu Sangkar Emas pada tahun 1991.

- AJL juga tidak terlepas daripada penyanyi gantian yang menggantikan penyanyi asal lagu yang dipertandingkan. Mereka yang dimaksudkan adalah:

1) 1986 - Perjalananku (Nyanyian asal: Jamal Abdillah dan telah digantikan oleh Azman Abu Hassan)
2) 1986 - Cinta Yang Terbiar (Nyanyian asal: Jamal Abdillah dan telah digantikan oleh Rohana Jalil)
3) 1987 - Angan-Angan (Nyanyian asal: Raja Ema dan telah digantikan oleh kumpulan Skyfire)
4) 1994 - Bukan Aku Tak Cinta (Nyanyian asal: Kumpulan Iklim dan telah digantikan oleh Adilla)
5) 1995 - Kau dan Aku (Nyanyian asal: Ning Baizura dan telah digantikan oleh kumpulan KOOL)
6) 1995 - Cinta Dangdut (Nyanyian asal: Ayati Tasrip dan telah digantikan oleh Mazleena)
7) 2008 - Izinku Pergi (Nyanyian asal: Kaer Azami dan telah digantikan oleh Sahri)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.