saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/01/2009

Dua maut dihempap tanah runtuh


pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat dua pekerja stesen minyak yang ditimbus tanah runtuh di Jalan Pujut, berhampiran Bukit Kanada di Miri, semalam.


MIRI 16 Jan. - Dua pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Pujut di sini maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah berhampiran Bukit Kanada di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaludin Ibrahim berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1.50 petang ini.

Menurutnya, identiti sebenar kedua-dua pekerja berkenaan masih belum diperoleh dan mereka hanya dikenali sebagai Endi, 28, warga Indonesia dan Ah Chiang, 22, rakyat tempatan.

''Sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 1.10 pagi, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 6.30 pagi sebelum mayat mangsa ditemui pukul 1.50 petang.

''Kedua-dua mangsa dipercayai sedang tidur di dalam kabin di sebelah stesen minyak itu dan tidak sempat menyelamatkan diri kerana runtuhan berlaku dengan pantas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jamaluddin berkata, sebelum itu polis telah menerima laporan daripada beberapa penduduk yang merasai beberapa pergerakan tanah di atas Bukit Kanada itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana bahagian Miri, Datuk Ose Murang meminta penduduk yang tinggal di Bukit Kanada dan lereng bukit berkenaan mengambil langkah berwaspada dan bersedia meninggalkan kediaman mereka jika terdapat tanda-tanda berlakunya tanah runtuh.

Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah dan Survei untuk menjalankan tinjauan serta-merta di semua kawasan penempatan di atas Bukit Kanada.

Katanya, hasil tinjauan itu nanti akan dikemukakan kepada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, difahamkan kejadian tanah runtuh tersebut turut menyebabkan bekalan elektrik di sebuah perkampungan berdekatan terputus beberapa jam.

Stesen minyak yang terbabit dalam kejadian itu terletak berhampiran lereng Bukit Kanada dan beroperasi sejak 20 tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.