saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 17/01/2009

Khusyairie minat basikal antik


KHUSYAIRIE Kevin Kessler menunjukkan basikal antik kesayangannya yang pernah digunakan tentera British suatu ketika dulu di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 16 Jan - ''Pernah ada orang menawarkan saya sebanyak RM15,000 untuk membeli sebuah basikal saya yang digunakan sewaktu zaman British, Perang Dunia Kedua.

''Namun, saya tetap tidak mahu menjualnya kerana minat yang begitu mendalam terhadap basikal antik ini," kata Khusyairie Kevin Kessler, 36.

Kerana minat mengumpul basikal antik, Khusyairie tidak terpengaruh dengan wang ringgit dan tidak sanggup mengambil keputusan untuk menjual basikal yang dimilikinya.

Beliau kini mempunyai koleksi 15 buah basikal antik termasuk sebuah basikal keluaran Birmingham Small Arms Company (BSA).

Apa yang uniknya, basikal tersebut boleh dilipat dua untuk digalas dan digunakan oleh askar payung terjun British semasa Perang Dunia Kedua.

Ketika menceritakan bagaimana minatnya bermula, Khusyairie berkata, pada awalnya, dia menggemari motosikal jenis klasik pada tahun 2002.

''Masa itu, saya bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di sini dan banyak bergaul dengan rakan yang lebih tua yang mempunyai minat yang sama.

''Kebetulan pula, ayah saya juga amat meminati koleksi motosikal antik dan dia sentiasa memberi dorogan kepada saya,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambahnya, motosikal pertama yang dibelinya ialah jenis Norton Featherbed 500cc keluaran tahun 1960-an pada harga RM15,000.

Menurutnya lagi, selang beberapa tahun, dia membeli motosikal keduanya jenis Sunbeam pada harga RM30,000.

''Namun lama kelamaan saya mula sedar memerlukan kewangan yang tinggi untuk terus memiliki motosikal antik.

''Tidak lama selepas itu, pada 2008, saya mula beralih meminati basikal antik yang tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi,'' katanya.

Menurut Khusyairie, basikal antik pertama dimilikinya ialah basikal kecil jenis Universal keluaran Belanda yang telah berusia lebih 30 tahun.

Kerana minat yang mendalam, menurut Khusyairie, dia juga telah meminta bantuan pakciknya yang berada di Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan basikal idamannya, iaitu keluaran BSA.

''Kebetulan pula, ada seorang pengumpul barangan antik di sana ingin menjualnya dan pakcik saya telah membelinya dan menghadiahkannya kepada saya.

''Setelah lebih setahun mengumpul, saya mempunyai 15 buah basikal termasuk jenis Chopper, Sunbeam dan Rally," katanya lagi.

Menurut Khusyairie, hanya terdapat empat buah basikal jenis BSA sahaja di negara ini dan hanya basikal miliknya yang berada dalam keadaan asal yang dilengkapi dengan tayar asal dan bayonet.

Selain memiliki basikal perang itu, beliau juga memiliki sebuah basikal yang digunakan kakitangan pos sekitar tahun 1960-an dan sejumlah basikal Raleigh buatan England.

Tambahnya, cara dia mendapatkan basikal tersebut juga bergantung kepada nasib.

''Kebanyakan basikal yang saya peroleh bukannya dibeli dalam keadaan baik dan saya terpaksa pula membaikinya. Masa dan kos membaikinya pula bergantung kepada keadaan kerana bukan senang untuk mencari alat ganti sama seperti yang asal," katanya.

Menurut Khusyairie lagi, dia telah menghabiskan kira-kira RM15,000 untuk membaiki semua basikal antik miliknya itu demi memenuhi hobi.

''Saya akan teruja setiap kali bila mendengar orang bercakap tentang basikal antik dan buat masa ini lebih tertumpu kepada basikal antik dari dalam negara,'' katanya lagi,

Tambahnya, individu yang berminat dan ingin saling bertukar pendapat dengannya mengenai basikal antik boleh menghubunginya di talian 017-6261010.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.