saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2009

Demi sebuah keamanan


Umie Aida


KETIKA dunia meratapi kematian demi kematian rakyat Palestin dan mengutuk pencerobohan zionis di Gaza, para artis tempatan juga tidak ketinggalan menunjukkan simpati. Mungkin sahaja bukan kudrat yang dihantar untuk memerangi nilai-nilai kemanusiaan yang semakin menghakis di sana namun saluran lain yang sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban dan penderitaan mangsa.

Justeru, Yayasan Karya Seni Prihatin dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan menganjurkan karnival Doa Buat Palestin selama dua hari pada 1 Februari dan 2 Februari depan.

Karnival itu berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam di Istana Budaya, pelbagai acara diadakan selama dua hari itu termasuk mengadakan solat hajat memohon kesejahteraan Palestin yang kini mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk kanak-kanak dan wanita.

Solat hajat itu diadakan dua kali sehari iaitu selepas solat Zohor dan Mahgrib, kata aktres Umie Aida yang juga jawatankuasa penganjur yang mengendalikan publisiti dan promosi. Kita mengharapkan kedatangan orang ramai pada acara itu, supaya kita dapat berkumpul dan bersatu mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin, jelas Umie Aida.

"Supaya kita dapat memohon kepadanya agar memakbulkan doa. Insya-Allah. Kerana itulah senjata kita dalam memerangi Israel," tambahnya.

Menurut Umie, ramai artis tempatan yang telah bersetuju memberikan sokongan kepada program tersebut yang turut menganjurkan pelbagai acara sampingan lain. Ini termasuklah jualan lelong koleksi-koleksi peribadi artis seperti pakaian, kasut dan beg tangan serta pakaian rekaan pereka fesyen tempatan seperti Radzuan Radziwill, Micheal Ong, Bill Keith, Albert King, Calvin Thoo, Syaiful Bahrim dan ramai lagi.

Dana yang dikutip, kata Umie, akan diserahkan kepada Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Kita percaya bantuan kewangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka," jelas Umie lagi. Dia yang juga merupakan adik kepada Erma Fatima, pengerusi yayasan berkenaan memberitahu, beberapa artis juga akan mengadakan persembahan khas seperti artis-artis KRU, kumpulan Raihan, kumpulan Rabbani, Ning Baizura, Noryn Aziz, Imran Ajmain dan artis-artis Akademi Fantasi (AF).

Sebanyak 50 buah gerai juga akan didirikan dengan 20 daripadanya adalah gera-gerai yang akan diselenggarakan oleh para artis manakala 30 lagi terbuka kepada orang ramai. Gerai-gerai itu dibahagikan kepada tiga bahagian yang menjual makanan dan minuman, aksesori dan baju serta penyediaan perkhidmatan.

Sedutan-sedutan video mengenai keganasan dan pencerobohan rejim Israel itu juga turut disiarkan sepanjang acara berlangsung.

Kepada para artis yang berminat untuk turut serta dalam jualan lelongan karnival Doa Buat Palestin, mereka bolehlah menghubungi Izatt Shariff di talian 03-92838591 atau 012-2149822.

Juga boleh mengunjungi laman web www.akucantik.com untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai atur cara karnival berkenaan.

"Kita sangat mengalu-alukan kedatangan orang ramai dan sokongan para artis untuk menjayakan acara ini ," tambah Umie.

Diinspirasikan oleh Erma Fatima dan Zahida Rafik, beberapa artis turut serta dalam jawatankuasa penganjuran. Selain Umie, artis yang turut mengendalikan program ini termasuk Betty Befane, Linda Onn, Anne Abdullah dan pasukan penata gaya Izatt Artistic Team.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.