saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 18/01/2009

Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL





SOALAN
ANAK saya telah mengalami kecederaan lutut semasa dia bermain bolasepak pada bulan awal bulan ini. Dia sedang menuntut di luar negara dan akan dan akan kembali bercuti pada bulan Jun 2009 selama 3 bulan.

Semasa di sana, dia telah menjalani artroskopi dan pihak hospital telah mengesahkan dia mengalami koyak ligamen ACL di bahagian lulut.

Dia kini sedang menjalani fisioterapi selama dua bulan. Pihak doktor telah menasihatkannya untuk menjalani knee reconstruction for completely ruptured ACL dalam masa tiga hingga enam akan datang.

Kemusykilan saya adalah:

1. Apakah itu pembedahan knee reconstruction for completely ruptured ACL? Jika pembedahan tersebut tidak dilakukan, apakah risiko masa hadapan anak saya?

2. Perlukah saya menangguhkan pembedahan tersebut kerana saya bercadang pembedahan itu dilakukan di Malaysia ketika anak saya pulang pada bulan Jun nanti.

3. Jika ianya dilakukan, berapa lamakah anak saya perlu berada di hospital untuk menjalani pembedahan tersebut? Bagaimana pula dengan tempoh masa pemulihan?

4. Perlukah saya membuat temujanji terlebih dahulu sebelum saya membawanya ke hospital?

5. Adakah tempoh masa tertentu untuk anak tidak boleh menaiki kapal terbang selepas pembedahan (jika dilakukan di Malaysia)?

6. Akhir sekali, berapakah kos pembedahan itu kerana saya difahamkan ianya adalah agak mahal. Sekian, terima kasih.

- Ibu Aida

Jawapan:
Kecederaan yang dialami anak puan adalah agak lazim terjadi kepada orang-orang yang aktif bersukan, iaitu kecederaan pada Ligamen Krusiat Anterior atau Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Saya telah menulis artikel mengenai ACL yang diterbitkan ruangan Kesihatan, Mingguan Malaysia (www.utusan.com.my) pada 21 Oktober 2007 dan 20 April 2008 yang menceritakan secara spesifik berkenaan kecederaan ligamen ini dan rawatan yang sesuai.

Oleh itu saya akan menjawab soalan puan secara pecahan berikut.

1Pembedahan rekonstruksi ACL adalah pembedahan menggantikan atau rekontruksi ligamen ACL dengan secara menggunakan artroskopi (penggunaan kamera ke dalam lutut) dan selalunya pembedahan ini memakan masa satu hingga satu setengah jam.

Oleh kerana ligamen ACL tidak boleh sembuh dengan sendiri di atas sebab-sebab tertentu, maka ligamen lain dari pesakit atau autograft akan digunakan (seperti dari hamstrings dan patella tendon) bagi menggantikan ACL tersebut, tanpa banyak mengganggu fungsi lutut setelah diambil ligamen gantian autograft tersebut.

Pada kebanyakan, pesakit terutamanya yang aktif dan masih muda, adalah amat disarankan untuk menjalani pembedahan ini kerana dengan ketiadaan ACL dalam lutut akan menyebabkan lutut sentiasa longgar dan berisiko mendapat kecederaan sekunder iaitu kecederaan pada struktur-struktur lain dalam lutut seperti meniscus dan tulang rawan itu sendiri.

Ramai pesakit yang hanya tampil untuk pembedahan setelah komplikasi berkenan berlaku dan kecederaan sekunder hanya akan memburukkan lagi keadaan lutut, walaupun jika rekonstruksi ACL dijalankan kemudian. Oleh itu, pencegahan kecederaan sekunder adalah lebih baik daripada merawatnya.

2Pada kebanyakan pesakit, memang disarankan pembedahan dijalankan setelah kesan keradangan pada lutut sewaktu kecederaan akut berkurangan dalam tiga hingga enam minggu dan pada masa yang sama rehabilitasi dapat dijalankan bagi menguatkan otot dan mengembalikan julat pergerakan lutut sepenuhnya sebelum pembedahan dijalankan.

Ini adalah penting kerana selepas pembedahan ACL dijalankan, lutut akan menjadi keras (kejang) dan julat pergerakan lutut hanya akan kembali normal sepenuhnya dalam tiga hingga enam bulan kemudian.

Oleh itu, julat pergerakan sebelum pembedahan haruslah baik dan selalunya pesakit seperti ini akan cepat sembuh berbanding dengan pesakit yang julat pergerakan lututnya tidak penuh sebelum pembedahan dijalankan.

Sebelum pembedahan juga adalah penting untuk menguatkan otot-otot quadriceps dan hamstrings untuk pemulihan yang lebih cepat selepas pembedahan dijalankan.

Oleh itu, sekiranya Puan bercadang untuk melakukan pembedahan (untuk anak) pada bulan Jun nanti, adalah penting proses (rehabilitasi) di atas dijalankan.

3Proses pembedahan adalah agak singkat, dalam satu hingga satu setengah jam, bergantung kepada jika ada kecederaan sekunder atau tidak.

Purata hari berada di hospital adalah dalam lingkungan tiga hingga lima hari. Dua minggu dalam tempoh pemulihan (selepas pembedahan), jahitan akan dibuka dan pada masa yang sama pesakit perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.

Penggunaan tongkat selepas pembedahan rekonstruksi ACL bergantung kepada ketahanan pesakit kepada kesakitan.

Selalunya penggunaan tongkat dalam dua hingga empat minggu, proses fisioterapi boleh dijalankan secara rawatan pesakit luar.

Pesakit boleh mula berjoging selepas tiga bulan dan aktif semula bersukan selepas enam bulan. Proses di atas boleh diguna pakai sekiranya tiada komplikasi-komplikasi lain dalam proses rawatan ACL, termasuklah jika tiada kecederaan sekunder.

4Puan boleh membawa anak puan berjumpa dengan Pakar Ortopedik di Malaysia yang mempunyai kepakaran kecederaan sukan dan artroskopi sama ada di hospital swasta atau hospital kerajaan dan selalunya perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Ujian imbasan sinar-X dan imbasan MRI adalah disarankan untuk memastikan kecederaan ACL tersebut di samping MRI juga boleh mengesan kecederaan sekunder yang mungkin ada pada lutut terbabit.

5Tiada halangan untuk anak puan menaiki kapal terbang selepas pembedahan akan tetapi seelok-eloknya sehingga dia dapat membengkokkan lutut sebanyak 90 darjah, selalunya dalam masa dua minggu selepas pembedahan.

6Kos pembedahan adalah agak tinggi di hospital swasta atas sebab-sebab tertentu iaitu kos implan yang digunakan agak mahal (bahan import), di samping ubat- ubatan dan fisioterapi yang tidak disubsidikan boleh mencecah belasan ribu ringgit.

Kos di hospital kerajaan adalah lebih murah tetapi berkemungkinan terdapat kos-kos tertentu yang perlu dibayar oleh pesakit seperti kos implan dan sebagainya.

Dapatkan penjelasan dari pakar di hospital kerajaan untuk penjelasan lanjut tentang kos-kos berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.