saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 18/01/2009

Segala projek di Bukit Kanada perlu dihentikan

MIRI 17 Jan. - Projek pembangunan serta aktiviti mengorek tanah di Bukit Kanada perlu dihentikan serta merta bagi mengelak sebarang kejadian yang lebih buruk lagi.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai berkata, segala aktiviti yang dilaksanakan di bukit tersebut akan mewujudkan bahaya kepada penduduk di tiga buah kampung yang terdapat di atas bukit berkenaan.

Menurutnya, selain itu, pemberhentian sebarang aktiviti di kawasan Bukit Kanada juga menyelamatkan bukit tersebut yang pernah menjadikan bandar raya Miri ini digelar sebgai Bandar Minyak seabad lalu.

''Saya berharap aktiviti pembangunan atau mengorek tanah di kawasan bukit tersebut dihentikan untuk menyelamatkan Bukit Kanada serta penduduk yang tinggal di situ," katanya pada Mesyuarat Bantuan Bencana Alam berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Kanada di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.10 awal pagi semalam, dua pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Pujut di sini maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah berhampiran Bukit Kanada, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaludin Ibrahim, kedua-dua mangsa dipercayai sedang tidur di dalam kabin di sebelah stesen minyak itu dan tidak sempat menyelamatkan diri kerana runtuhan berlaku dengan pantas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana bahagian Miri, Datuk Ose Murang turut meminta penduduk yang tinggal di Bukit Kanada dan lereng bukit berkenaan mengambil langkah berwaspada dan bersedia meninggalkan kediaman mereka jika terdapat tanda-tanda berlakunya tanah runtuh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.