saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2009

Siti Sarah dah jadi Sarah Raisuddin


Sarah Raisuddin


JOYAH dengar Siti Sarah kini mahu dikenali dengan nama Sarah Raisuddin sahaja. Resolusi baru ke Sarah? Elok juga Joyah rasa sebab sudah ramai sangat yang guna nama Siti tu.

Lagipun dia mahu muncul dengan album baru.

Eloklah dia menjenamakan semula bukan sahaja namanya tetapi juga keseluruhan imejnya.

Iyalah, Sarah bukan tidak berbakat. Malah sebenarnya jauh lebih layak bergelar bintang daripada bintang-bintang program realiti yang berlambak di pasaran ketika ini.

Cuma mungkin nasib belum menyebelahi dirinya. Sabarlah ya Sarah. Joyah pasti satu hari nanti, dia akan berjaya dan berada di kemuncak kerjaya.

Sebab lagu-lagu Sarah bukannya tak sedap didengar cuma mungkin promosinya sahaja kurang. Malah bila Sarah menyanyikan lagunya, ada yang ingat ia single baru. Padahal lagu-lagu yang didendangkan itu ada yang dipetik daripada album pertama.

Dalam tahun ini Sarah akan muncul dengan album barunya dan antara yang berkolaborasi dengan Sarah adalah komposer popular Aidit Alfian.

Mengenali Aidit, Joyah pasti, banyak lagu-lagu bernuansa baru dan segar akan diketengahkan. Dan Sarah juga mempunyai vokal yang baik untuk melagukan apa sahaja rentak, rancak dan balada.

Dan Joyah juga dengar, kemunculan semula Sarah dengan semangat baru ini, dia tidak sahaja mahu menyanyi tetapi juga ingin meluaskan empayarnya ke bidang lakonan.

Joyah dengar Sarah optimis dengan bakat lakonnya. Kerana dengarnya, Sarah yakin dia mampu melakukannya. Baguslah begitu. Orang kata, yakin diri. Jadi kepada selepas yang ingin menawarkan watak kepada Sarah sekarang, tak perlulah ragu-ragu lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.