saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/01/2009

WHI jejaki pengacara lelaki


BARISAN pengacara lama dan baru Wanita Hari Ini.


WANITA Hari Ini (WHI) yang merupakan sebuah program bual bicara yang membincangkan tentang topik-topik menarik khusus mengenai wanita sudah 11 tahun bersiaran di TV3.

Mula menemui penonton sejak 1 Januari 1998, pelbagai perubahan demi perubahan dapat dilihat dengan WHI terus menjadi juara dalam memperjuangkan isu-isu wanita dan kekeluargaan.

Tidak kurang, WHI juga bertindak sebagai platform dalam membantu usahawan wanita memasarkan produk perniagaan masing-masing.

Menyentuh mengenai pengacaranya pula, tidak dinafikan bahawa WHI telah melahirkan ramai personaliti berbakat serta dikagumi dalam dunia penyiaran.

Kembali ke detik 11 tahun yang lalu, WHI bermula dengan pengacara perintisnya iaitu Nurfarahin Jamsari, Sharifah Shawati, Ezzah Aziz Fawzy dan Dang Suria.

Dengan penerbit silih berganti, wajah-wajah manis yang mewarnai WHI turut berubah dan kini nama-nama seperti Azizah Ariffin, Ruhil Syafinaz, Nur Azura Azizul Azman, Siti Hasfizza Aswati Sabjahan serta Ifa Raziah kekal meneruskan agenda WHI.

Generasi pelapis

Detik 11 tahun sudah berlalu, pada 1 Januari lepas, WHI memulakan tirai baru dan wajah baru yang lebih mantap dan terkini selari dengan ulang tahun TV3 ke-25.

Masih ke udara selama satu jam dan mengekalkan waktu siarannya pada pukul 12 tengah hari iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, set baru diperkenalkan di samping barisan pengacara baru.

Muka-muka baru terbabit terdiri daripada Nur Syahira Aiyob, Irin Putri Azmi, Syarifah Salwa Syed Abdul Rahman dan Suraya Yeop Junior.

Mereka merupakan generasi pelapis yang dilatih untuk mendapat bimbingan dalam mengendalikan WHI dengan bekerjasama dengan pengacara yang lebih berpengalaman.

Sungguhpun berperanan dalam memartabatkan kaum wanita menerusi suara wanita, kehadiran 2009 membuka mata WHI untuk mencuba sesuatu yang baru melalui cadangan meletakkan pengacara lelaki di dalam WHI.

Masih dalam proses pencarian, ia memperlihatkan kematangan WHI dalam mencari sisi pandangan aspek kewanitaan menerusi kaca mata lelaki.

Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin berkata, buat masa ini, pihaknya telah mengenal pasti beberapa calon yang bersesuaian untuk berada di dalam set WHI sebagai pengacara.

"Kalau ada pengacara lelaki sekalipun, ia tetap akan kekal sebagai WHI.

"Pengacara terbabit akan bersiaran Mac ini dan membicara tentang kewanitaan atas pandangan seorang lelaki,'' katanya pada majlis memperkenalkan pengacara baru WHI di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Sidang produksi yang bertanggungjawab mengendalikan penerbitan WHI dibarisi Siti Hatija Yusuff selaku Pengurus Program Wanita/Projek Khas, Hartina Ayu Harun (Penerbit Eksekutif) dan Siti Hajar Abdullah, Ifawani Omar serta Azizah Ariffin yang bertindak sebagai Penerbit.

Menurut Amrin, alasan memilih lelaki untuk berada dalam WHI adalah untuk menarik perhatian penonton daripada kaum lelaki.

"Ketika ini pun, kalau kita lihat, apa jua isu yang diutarakan menerusi WHI, penonton yang menghubungi dan memberikan pendapat secara langsung kebanyakannya adalah kaum lelaki,'' ujarnya.

Sementara itu, Amrin ketika ditanya mengenai pemilihan empat pengacara baru WHI berkata, ia adalah proses normal dan bukannya bertujuan untuk mengetepikan pengacara senior sedia ada.

Katanya, TV3 merasakan amat perlu membimbing bakat-bakat baru yang bukan sekadar menyerikan WHI malah melahirkan pengacara berkaliber.

Kepada satu persoalan mengenai isu-isu berkaitan artis diperbincangkan dalam WHI yang dilihat menyamai program Melodi, Amrin menjelaskan, bahawa ia bukanlah untuk bersaing dengan program berbentuk hiburan berkenaan.

"Dalam WHI, ia tidaklah sensasi tetapi lebih kepada luahan hati dan berkongsi pengalaman.

"Kita mahukan isu terkini dalam WHI. Bukan sahaja artis, kita turut mengundang tetamu lain yang ada kaitan dengan isu semasa,'' ujarnya.

Pembaharuan WHI

Dalam pada itu, Hartina ketika berbicara mengenai pembaharuan WHI berkata, bukan sahaja penampilan pengacara baru, set WHI juga berubah dengan menampilkan konsep hitam putih dan merah jambu.

"Ia memperlihatkan ciri-ciri kewanitaan dan nampak semulajadi dengan elemen-elemen alam semulajadi hasil sentuhan pereka set, Nazaruddin Zainal Abidin,'' jelasnya.

Katanya, WHI kini lebih memfokus dan segmen-segmen baru dan terdahulu digabungkan untuk menghasilkan kandungan lebih menarik dan segar.

Segmen-segmen yang dipaparkan, menurutnya, seperti Fesyen, Gelora Cinta/Rumah Tangga, Isu & Demonstrasi dan Tilam & Bantal pastinya akan menarik minat penonton untuk terus menonton WHI.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.