saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 20/01/2009

23 orang buta sertai kayuhan basikal ke Ipoh

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Seramai 23 orang cacat penglihatan akan mengikuti program kayuhan basikal dari Shah Alam ke Ipoh, Perak bagi menjayakan Kempen Cara Hidup Sihat dan mempromosikan acara lumba basikal, Le Tour De Langkawi.

Program yang akan diadakan selama dua hari bermula 7 Februari itu adalah anjuran Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (Pradas) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

Pengurus projek kayuhan itu, Ismail Yusof berkata, seramai 155 pengayuh basikal akan menyertai program tersebut yang terdiri daripada Persatuan Basikal Daerah Gombak, Persatuan Ex-Kembara Adventure Team, Ipoh dan orang perseorangan.

"Golongan kurang upaya tersebut akan menggunakan basikal tandem yang mempunyai dua pengayuh dan mereka akan dibantu oleh peserta yang boleh melihat,'' katanya pada sidang akhbar di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di sini.

Menurutnya, penyertaan MAB dalam kempen itu menunjukkan keprihatinan Pradas terhadap golongan kurang upaya itu.

"Kami mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa program berbasikal adalah sejenis riadah yang boleh disertai oleh semua orang, bukan terbuka kepada yang normal sahaja bahkan orang kurang upaya juga boleh bersama-sama menjayakannya.

"Kami juga mahu menyedarkan masyarakat supaya tidak meminggirkan golongan ini daripada melakukan aktiviti berfaedah seperti orang sempurna,'' ujarnya.

Selain mempromosikan Le Tour De Langkawi, tambahnya, program berbasikal itu juga secara tidak langsung dapat mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Selangor dan Perak.

"Sepanjang perjalanan dalam program itu, peserta akan berhenti di beberapa buah tempat menarik seperti di Bukit Melawati dan Gua Tempurung untuk dipromosikan.

"Pradas akan bekerjasama dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perak dalam mempromosikan tempat-tempat itu,'' ujarnya.

Beberapa acara akan diadakan sepanjang kempen itu termasuk kutipan dana bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa keganasan Israel.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.