saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 21/01/2009

11 anggota Geng Azhar Kastam ditahan

KLANG 20 Jan. - Sebanyak 11 suspek termasuk tiga wanita yang dipercayai anggota kumpulan 'Azhar Kastam' ditahan polis kerana menyamar sebagai anggota polis dan kastam untuk memeras ugut mangsa awal tahun ini.

Anggota kumpulan itu ditahan selepas meminta RM100,000 daripada pemilik BMW dan Subaru Impreza kononnya untuk mengelak kenderaan mewah itu dirampas kerana didakwa tidak membayar cukai kastam.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, suspek berpura-pura memeriksa dua kereta mewah itu yang disimpan di sebuah bengkel di Pandamaran, di sini kira-kira pukul 10 malam pada 3 Januari lalu.

"Kumpulan itu memeras ugut dengan meminta mangsa membayar wang RM50,000 tetapi selepas beberapa kali rundingan, mereka setuju mengurangkan sebanyak RM20,000 bagi setiap kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang juga pemilik bengkel berusia 40-an bagaimanapun telah membayar RM8,000 kepada salah seorang suspek dan berjanji akan menyelesaikan bakinya.

Namun, mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana curiga tingkah laku mereka yang tidak kelihatan seperti anggota polis dan kastam.

"Berdasarkan maklumat ini, seorang anggota geng itu berjaya ditangkap sehari selepas kejadian dan ditahan sehingga 8 Januari lalu. Dalam tempoh itu juga, seramai 10 suspek lagi turut diberkas," katanya.

Mohamad memberitahu, susulan tangkapan itu pihaknya turut merampas kad kuasa polis dan kastam palsu, gari, pisau, jaket keselamatan polis, sejumlah wang tunai dan dadah jenis syabu dan eramin 5 daripada suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan itu diketuai seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang dikenali sebagai Azhar.

Anggota lain kumpulan itu terdiri daripada rakyat tempatan berusia antara 27 hingga 48 tahun.

"Kesemua 11 suspek mempunyai rekod jenayah lampau antaranya curi kenderaan, pecah rumah, peras ugut, dadah, samun dan pernah ditahan di pusat tahanan mengikut Ordinan Darurat," jelasnya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan membuat aduan kepada polis jika dikunjungi pihak yang mengaku anggota polis atau kastam kononnya untuk membuat pemeriksaan ke atas harta hak milik mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.