saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 21/01/2009

Bot nelayan karam dipukul ribut Seorang hilang, dua selamat


MAT Baharin (kiri) dan Ramli Husin yang berjaya diselamatkan setelah 16 jam terapung di laut berhampiran Pulau Tuba, semalam. Gambar kecil, Abdul Samat Idris. - UTUSAN / RIDZUAN RAMLI


LANGKAWI 20 Jan. - Seorang nelayan berusia 61 tahun hilang dan dikhuatiri lemas apabila bot pukat tunda yang dinaikinya bersama dua lagi rakan karam akibat dipukul ribut laut di kawasan perairan Langkawi Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Abdul Samat Idris hilang selepas dihanyutkan ombak ketika laut bergelora di kawasan antara Pulau Segantang dan Pulau Payar.

Bagaimanapun, dua rakannya, Mat Baharin, 58, dan Ramli Husin, 56, dari Kuala Kedah, Alor Star diselamatkan oleh bot nelayan lain lewat petang semalam selepas dikatakan terapung kira-kira 16 jam di tengah laut.

Mereka berenang kira-kira 10 kilometer sebelum ditemui oleh sebuah bot pukat, empat batu nautika dari Pulau Tuba.

Abdul Samat dikatakan sempat berpaut di pelampung pukat bot bersama dua rakannya itu sebelum hilang secara tiba-tiba.

Penolong Pegawai Pemerintah Polis Marin Kedah/Perlis, Asisten Supritendan Radzi Abu Hassan berkata, dua orang yang terselamat itu mendapatkan rawatan di Hospital Langkawi di sini sebelum dibenarkan pulang ke Alor Star petang ini.

Katanya, gerakan mencari Abdul Samat yang berasal dari Kampung Ulu, Kuala Kedah sedang giat dijalankan terutama di sekitar kawasan perairan berkenaan.

Sementara itu, di Alor Star, anak ketiga Abdul Samad, Mohd. Redzuan, 29, memberitahu, bapanya bersama dua rakannya itu turun ke laut kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu lalu untuk menangkap ikan.

Bagaimanapun, katanya, pada petang semalam anak salah seorang mangsa yang terselamat datang ke rumahnya memberitahu dia mendapat maklumat bahawa bot yang mereka naiki telah karam.

''Ketiga-tiga mereka telah 16 tahun turun ke laut bersama-sama dan ini kali pertama kejadian seumpama itu menimpa ayah saya,'' katanya ketika ditemui di rumahnya kepada Utusan Malaysia di Kampung Ulu, Kuala kedah hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, keluarganya berdoa agar bapanya yang telah 29 tahun menjadi nelayan ditemui tetapi tetap redha dengan segala ketentuan Allah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.