saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/01/2009

Rihanna janji tidak seksi

PENYANYI terkenal antarabangsa yang popular dengan lagu Umbrella, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty bakal menemui peminatnya dalam konsert Xpax Ignites Rihanna Live In Kuala Lumpur pada 13 Februari ini.

Konsert yang julung kali diadakan itu merupakan sebahagian daripada siri konsert jelajahnya, Good Girl Gone Bad World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam.

Bakal beraksi di hadapan hampir 12,000 penonton, menurut Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn. Bhd., Razman Razali, sehingga kini satu perempat (3,000 keping) daripada jumlah keseluruhan tiket telah terjual.

Memahami kehendak masyarakat negara ini, pihaknya telah memaklumkan tentang garis panduan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan (Kekwa) kepada pihak pengurusan penyanyi itu.

"Sehingga kini, maklum balas yang kami terima menyatakan Rihanna bersetuju mengikut segala garis panduan serta etika berpakaian yang dikeluarkan oleh Kekwa. Dia (Rihanna) sudah tahu apa yang boleh dibuat serta tidak dan dia sedia mematuhinya.

"Sebenarnya, Kekwa telah lama diberitahu tentang konsert ini cuma baru sekarang kami maklumkan kepada umum. Apa yang pasti, Rihanna sendiri begitu teruja untuk datang ke Malaysia dan mengadakan persembahan di hadapan peminatnya disini," katanya.

Sekilas mengenai kejayaan penyanyi berasal dari Saint Michael, Barbados itu, sebelum ini dia pernah dinobatkan sebagai pemenang Grammy Award manakala albumnya pernah mencatat jumlah jualan sehingga 10 juta unit di seluruh dunia.

Selaku penaja rasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly pada sidang media konsert tersebut memberitahu, diskaun sehingga 30 peratus diberikan kepada para pelanggan Xpax yang berminat menyaksikan konsert tersebut.

Menurutnya, pengguna Xpax hanya perlu mendaftar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip REGRIH dan hantarkan ke 28881.

Setelah menerima SMS pengesahan daripada Celcom, pelanggan hanya perlu menambah nilai Xpax dengan kadar minimum RM10 bagi mendapatkan baucar diskaun 30 peratus bagi sepasang tiket yang boleh ditukarkan di mana-mana cawangan Axcess Tickets.

Antara lain, pelanggan Xpax juga berpeluang bertemu Rihanna secara dekat dengan menyertai peraduan istimewa RIHANNA-MANIA bermula 20 Januari hingga 8 Februari ini.

Untuk mengambil bahagian, pengguna Xpax hanya perlu menghantar gambar ataupun video terbaik Rihanna menerusi MMS ke 26388. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.wap.channelx.com.my/metv.

Dengan hanya mendaftar sebagai pelanggan Xpax dan menyertai peraduan mudah menerusi laman sesawang Xpax, anda berpeluang menjadi antara 400 pelanggan yang bakal menyambut ketibaan Rihanna di lapangan terbang.

"Xpax merupakan produk Celcom yang banyak digunakan oleh remaja dan kami melihat kepelbagaian hiburan termasuk konsert ini kepada pelanggan kami yang berusia muda.

"Rihanna merupakan artis wanita yang begitu popular di persada muzik antarabangsa kini dan hanya Xpax memberikan peluang kepada pelanggan untuk melihatnya mendekati dan melihat persembahannya secara dekat," katanya.

Biarpun penyanyi itu dilahirkan di Barbados, namun dia dilabelkan di bawah syarikat rakaman Amerika, Def Jam Records.

Bercerita tentang isu boikot produk keluaran Amerika kerana menyokong tindakan ganas rejim Zionis Israel menyerang penduduk Palestin di Genting Gaza, kata Shazalli, konsert tersebut perlu dilihat dari sudut positif berkaitan hiburan.

"Konsert ini merupakan sepenuhnya melibatkan muzik dan hiburan. Jadi, saya harap kita boleh cuba tangani isu ini secara berasingan dan tidak dicampuradukkan dengan isu politik," katanya.

Menurut pihak penganjur pada persembahan pembukaan konsert tersebut penonton bakal dihiburkan oleh penyanyi wanita tempatan bagaimanapun tidak mahu memaklumkan nama penyanyi tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang konsert tersebut, layari www.axcess.com.my atau hubungi talian 03-7711 5000. Tiket-tiket boleh didapati pada kadar harga RM128, RM158, RM198, RM288 dan RM328.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.