saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/01/2009

Ubaidulla meninggal dunia

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Penerima Tokoh Maal Hijrah 1989 yang juga veteran MIC, Tan Sri S.O.K Ubaidulla Kadir Basha (gambar) meninggal dunia di kediamannya di No. 10, Lorong Bukit Pantai, dekat sini pagi ini.

Allahyarham yang berusia 90 tahun meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi akibat sakit tua.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Mehrunnisa Mohideen dan dua orang anak, Hishamuddin Ubaidulla serta Hamimudin Ubaidulla.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kematian Ubaidulla adalah satu kehilangan yang besar bagi parti komponen BN itu.

"Beliau merupakan ahli MIC yang terawal sejak ditubuhkan pada 1946 dan kesetiaan beliau membolehkannya memegang beberapa jawatan penting di dalam parti.

"Pemergian beliau akan sentiasa dikenang kerana Ubaidulla adalah orang yang bertanggungjawab memupuk semangat keusahawanan di kalangan masyarakat India amnya," katanya ketika ditemui di rumah Allahyarham di sini hari ini.

Antara jawatan yang pernah dipegang semasa hayatnya ialah, pengasas Yayasan Ubaidi, pengerusi tetap MIC sejak 1994, menjadi senator pada tahun 1975, dan pengarah Bank Bumiputra Commerce Bhd.

Beliau juga merupakan pengasas dan presiden kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan pengerusi Persatuan India Muslim Malaysia (Permim).

Semasa hayatnya, Allahyarham banyak membantu mempromosikan kesusasteraan Tamil dan menyertai aktiviti berunsur keagamaan sehingga melayakkan beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 1989.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.