saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/01/2009

Murugiah mahu saman Khalid

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai 'gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh bilik mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.

Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

''Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).

''(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal anjuran Persatuan Malindian Putrajaya/Cyberjaya di Dewan Serbaguna Presint 8 di sini hari ini.

Selasa lalu, sekumpulan orang awam termasuk Murugiah dan seorang lagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany didakwa oleh Khalid menceroboh Hospital Serdang untuk memeriksa mayat Kugen, 22, yang didakwa didera polis.

Murugiah berkata, beliau sudah memberi jaminan kepada keluarga mendiang bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa diselindungi oleh mana-mana pihak.

''Pada malam itu sebaik sahaja tiba di hospital saya dimaki hamun, mereka kata Barisan Nasional (BN) sudah datang untuk tutup cerita (tutup kes kematian Kugen), saya diam dan terpaksa tahan telinga kerana faham dengan emosi keluarga itu.

''Tetapi kerana orang macam ini (Khalid), BN boleh kalah sebab bagi laluan kepada pembangkang untuk jadi juara (mengambil kesempatan menganjurkan demonstrasi), kita kena berwaspada, kena hati-hati dengan apa yang kita buat (keluarkan kenyataan)," katanya.

Murugiah berkata, jika beliau dilantik oleh Perdana Menteri memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'bakal' berada di bawahnya dan Khalid harus menyedari perkara itu.

''Semasa dalam kapal terbang, semua orang tengok saya semacam seolah-olah saya macam gengster selepas mereka baca akhbar kata saya menceroboh, apa ini.

''Peguam Negara sendiri boleh telefon saya, (tetapi) kenapa beliau (Khalid) perlu panggil sidang akhbar untuk bercakap tentang saya, telefon sajalah saya," katanya.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian Kugen yang sebelum ini disahkan mati akibat jangkitan paru-paru berair sebagai kes bunuh.

Dalam pada itu, Murugiah memberitahu, beliau akan menganjurkan satu majlis dialog bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berbincang mengenai bidang tugas kakitangan Biro Pengaduan Awam (BPA).

''BPA mempunyai 271 pegawai di seluruh negara dan kita juga ada Ketua Pengarah, kita mahu tahu apa tugas kita yang sebenar bagi melicinkan lagi operasi," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.