saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/01/2009

Jangan ada bertindak jadi hero kes kematian Kugan

RASA tidak puas hati terhadap hasil bedah siasat kematian Kugan Ananthan akibat paru-paru berair menyebabkan keluarga mendiang mendesak diadakan bedah siasat kedua. Mereka mendakwa kematian Kugan akibat kecederaan.

Bagaimanapun polis menolak dakwaan pihak tertentu sebelum itu yang mengatakan kematian mangsa adalah akibat didera semasa dalam tahanan reman.

Laporan bedah siasat itu turut mengesahkan beberapa kecederaan dialami oleh Kugan tidak mendatangkan maut. Bagaimanapun Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian Kugan sebagai kes bunuh.

Perkembangan ini membuka laluan untuk MIC meminta kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat kes kematian Kugan semasa dalam tahanan polis.

Memandangkan kes ini mendapat tumpuan masyarakat, kita meminta semua pihak jangan membuat spekulasi dan menuding jari kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kecenderungan memang ada untuk menyalahkan tindakan pihak polis ke atas Kugan yang merupakan suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah yang direman sejak 15 Januari lalu.

Sebab itu, orang ramai diminta supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan tidak mempolitikkan isu itu.

Kes ini nampak berat apabila melibatkan tindakan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Keadaan ini cuba dikeruhkan lagi apabila MIC bangkit untuk mempertahankan dua timbalan menteri daripada kaum India itu jika pihak berkuasa mendapati mereka melanggar undang-undang menceroboh bilik mayat Hospital Serdang bersama sekumpulan yang lain pada 20 Januari lalu.

Mengapa pendekatan MIC dan pemimpin kaum India lain dalam membela keluarga Kugan seperti bertindak mahu menjadi hero dalam memerangi tugas polis?

Tidakkah mereka terfikir bahawa tindakan itu boleh menjadi ikutan kepada pihak lain pada masa akan datang jika berlaku kes seumpama ini?

Malah, 11 anggota polis yang disiasat atas dakwaan mencederakan Kugan tidak akan terlepas daripada tindakan jika mereka didapati menyalahgunakan kuasa.

Kita menyeru pihak MIC dan orang ramai jangan memutar-belitkan dakwaan tiga kakitangan Hospital Serdang yang dipaksa keluar dari bilik mayat oleh sekumpulan orang ramai kira-kira pukul 11.30 malam Selasa minggu lalu.

Biar polis menyiasat hal ini.

Mengenakan tekanan ke atas pihak polis dalam siasatan kes seorang suspek penjenayah sudah pasti akan merumitkan lagi keadaan.

Orang ramai tidak kira pangkat dan kedudukan dalam masyarakat mesti menghormati undang-undang. Lebih-lebih lagi mereka yang berkedudukan atau rapat dengan kuasa hendaklah menunjukkan tingkah laku yang boleh dijadikan contoh.

Semua pihak harus menghormati undang-undang. Polis juga perlu memastikan siasatan dilakukan dengan cara yang betul tanpa melanggar hak asasi sesiapa.

Kes kematian Kugan perlu disiasat secara adil dan diselesaikan segera, tanpa mengira siapa yang terbabit. Mereka yang berkenaan perlu dihukum mengikut undang-undang.

Demi keadilan kepada keluarga mangsa, pemimpin India dan pasukan polis, kita mestilah memberikan masa kepada pasukan penyiasat dan menaruh keyakinan mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik dan bertanggungjawab.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.