saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/01/2009

Malaysia separa, Indonesia cincin

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kebesaran Tuhan memberi peluang kepada penduduk di Kuala Lumpur untuk menyaksikan gerhana matahari separa bermula pukul 4.30 petang dan tamat pada 7.00 petang hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, gerhana matahari sebelum ini berlaku di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998 dan mengambil masa lebih sepuluh tahun untuk muncul semula.

Selain Kuala Lumpur, katanya, bahagian Sumatera di Indonesia juga menyaksikan gerhana matahari tetapi berbentuk cincin.

Menurutnya, gerhana matahari terjadi apabila bulan yang sedang mengelilingi bumi berada di kedudukan bersetentang dengan bumi serta matahari dan bayangannya terkena pada bumi.

''Gerhana matahari hanya berlaku ketika bulan baru kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

''Gerhana matahari separa terjadi ketika saat puncak gerhana di mana tidak seluruh permukaan bulan menutupi permukaan matahari,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan Sempena Gerhana Matahari 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad dan Pengarah Seksyen Geodesi, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Dr. Azhari Mohamed.

Wan Mohamad berkata, gerhana matahari cincin berlaku apabila keseluruhan bulatan bulan dan matahari serta saiz bulan yang kecil berbanding matahari, maka bulatan matahari tidak tertutup secara penuh.

''Gerhana matahari cincin kali ini berlaku di Sumatera, Indonesia dan pihak Jakim telah menghantar lima wakil ke sana Sabtu lalu untuk membuat penyelidikan,'' katanya.

Menurutnya, rombongan itu diketuai Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Razali Shahabudin; Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Sobri Mat Yassin; Pembantu Hal Ehwal Islam Jakim, Abu Zaki Abd. Jalal; Penolong Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Penolong Pegawai ILIM, Zaharin Ismail.

Menurut Sheikh Ismail pula, gerhana akan berlaku selama alam ini ada.

''Matahari adalah tanda kebesaran Allah, jadi gerhana adalah ujian kepada umat Islam untuk melihat sama ada bersyukur dengan kebesaran Allah atau tidak.

''Jadi apabila berlaku gerhana umat Islam perlu bersama menunaikan solat sunat gerhana,'' katanya.

Tambah Wan Mohamad, gerhana matahari seterusnya berbentuk gerhana penuh akan berlaku pada Julai ini di China.

Malaysia hanya akan menerima kesan sebanyak sepuluh peratus sahaja.

habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.