saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/01/2009

Perlis bukan asing bagi Dr. Juanda

KUCHING 28 Jan. - Dr. Juanda Jaya, anak kelahiran Sarawak yang dilantik Mufti Perlis yang baru berkata, Perlis bukan asing baginya kerana sebelum ini beliau banyak menyertai program berkaitan Islam di negeri itu selain dibawa bersama ke luar negara oleh Kerajaan Perlis untuk kegiatan dakwah.

"Pelantikan saya sebagai Mufti Perlis adalah bukti hubungan integrasi yang telus dan kalau sebelum ini ramai tokoh agama dari Semenanjung dijemput ke Sarawak dan Sabah, namun hari ini kita juga boleh dijemput di Semenanjung," katanya di sini hari ini.

Juanda, 37, yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pangarah Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak akan melapor diri pada Februari depan.

Katanya, surat pelantikannya sebagai Mufti Perlis diterima pada akhir November 2008 tetapi ia terpaksa ditangguh ke bulan depan kerana beliau menunaikan haji.

Menurutnya Kerajaan Sarawak membenarkan beliau berkhidmat di Perlis selama tiga tahun iaitu sehingga Februari 2012. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.