saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 31/01/2009

Bumi dipijak ada peraturannya

KITA hidup bermasyarakat bukannya terperuk dalam kepompong kaum sendiri sahaja. Oleh itu, sebarang tindakan yang membabitkan keselamatan sosial mestilah berlandaskan prosedur undang-undang.

Tindakan kira-kira 200 orang membuat bising di perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu lalu sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa serta mengganggu aktiviti rutin petugas, pelanggan terutama pesakit di pusat perubatan itu. Ini kerana A. Kugan mati bukan sebagai tokoh negara yang banyak berjasa pada negara.

Tentulah perkauman sifatnya jika ratusan orang begitu emosional menyertai perarakan pengebumian tersebut. Walhal, kematian mendiang perlu dilihat dari segi kemanusiaan bukannya fahaman sempit perkauman.

Adalah tidak adil jika hanya masyarakat Melayu sahaja digesa menghormati kedudukan kaum lain sedangkan mereka tidak berbuat demikian.

Oleh sebab itu, utamakan ketenteraman awam dan singkirkan sikap mementingkan kaum sahaja sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap pihak lain. Bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ini ada undang-undang dan peraturannya.

Mengapa kaum India seperti mahu memberitahu satu dunia seolah-olah kaum mereka hidup tertindas dalam sistem sosial yang didominasi oleh orang Melayu?

Wajarkah kematian suspek kes samun dan curi kereta mewah itu dikaitkan dengan rendahnya integriti keseluruhan anggota polis? Jika bukan kerana jasa bakti anggota polis adalah mustahil untuk melihat kadar jenayah terkawal dan negara ini aman. Walhal, apabila berlaku kes jenayah seperti rompakan, kepada pihak polis juga tempat kita mengadu.

Menyalahkan pasukan keselamatan sahaja tanpa bukti yang kukuh melalui proses siasatan yang sewajarnya hanya kerana kematian tertuduh dalam lokap amat keterlaluan. Lebih berbahaya apabila 'disimbah' pula dengan rasa perkauman melampau.

Banyak lagi masalah di depan mata yang menuntut kita menggembleng kekuatan untuk mencari jalan penyelesaian. Paling ketara ialah impak daripada kemelesetan ekonomi dunia yang sedang hebat melanda kini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.