saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/02/2009

Gunakan pekerja tempatan




Kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang dikatakan paling buruk sejak “The Great Depression” (Kegawatan Besar) yang berlaku pada 1929 dan ia mengambil masa 10 tahun untuk kembali pulih sepenuhnya. Bill Gates sebelum ini pernah menyatakan kegawatan ekonomi kali ini akan mengambil masa yang sama untuk pulih.

Setakat ini, jumlah pekerja yang dibuang kerja mencecah 13,000 orang dan jumlah ini dijangka bertambah hingga 200,000 jika tindakan pantas tidak dilakukan segera. Bagaimanapun bagi Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan, beliau berpandangan terdapat hikmah yang boleh dipelajari dari krisis kali ini. Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Amran Ahmad dan Hafizahril Hamid, beliau menyarankan kerajaan, majikan dan pekerja perlu bekerjasama dengan erat dalam menangani dan mengurangkan kesan krisis ekonomi kali ini. “Kita perlu melihat kepada kesan positif di sebalik krisis kali ini iaitu jika ditangani dengan berkesan masalah lambakan pekerja asing, pekerja tempatan boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka sekali gus masalah pengangguran akan dapat diatasi,” katanya.

Mingguan: Boleh anda terangkan situasi sebenar keadaan ekonomi semasa dari pandangan MEF sebagai persatuan yang mewakili pihak majikan?

Shamsuddin: Kalau melihat pada masalah ekonomi sekarang ini kesannya agak mendalam berbanding dengan krisis pada 1997 dan ketika itu masalah hanya di Asia Pasifik dan berkaitan dengan spekulasi kewangan di mana Ringgit jatuh mendadak jika dibandingkan dengan mata wang asing sekali gus menjejaskan keupayaan kita membuat barangan untuk dieksport kerana barangan mentah menjadi mahal.

Namun untuk pasaran eksport tidak ada masalah kerana ketika itu pasaran ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak terjejas tetapi sekarang keadaannya adalah berlainan kerana semua pasaran eksport kita ini mempunyai masalah kerana ekonomi mereka mengalami penguncupan. Oleh yang demikian barangan yang dibuat di sini tidak boleh dieksport ke negara-negara berkenaan kerana kurangnya permintaan. Ini menjejaskan keupayaan syarikat kita untuk terus bertahan dan ada sesetengah syarikat tidak mendapat permintaan untuk tiga bulan pertama tahun ini.

Ini menunjukkan betapa seriusnya keadaan ekonomi. Sektor pembuatan seperti elektronik memang menghadapi masalah cumanya keadaan ekonomi Malaysia agak baik kerana sistem perbankan kita telah diperkukuhkan dan lebih besar.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada kekukuhan ekonomi kita ialah sektor pertanian dan perladangan. Walaupun ketika ini harga getah dan kelapa sawit menurun namun syarikat masih mampu bertahan dan tidak begitu rugi jika dibandingkan dengan sektor pembuatan.

Bila keadaan ekonomi semakin gawat sekarang, ini menjejaskan keupayaan syarikat untuk terus beroperasi dan mengekalkan pekerja. Oleh itu terdapat syarikat yang terpaksa membuang pekerja untuk mengurangkan kos operasi kerana permintaan untuk operasi semakin berkurangan dan ini menjejaskan pendapatan syarikat.

Berapa ramai pekerja yang telah diberhentikan setakat ini dan berdasarkan pemerhatian MEF berapa ramai lagi akan menerima nasib yang sama?

Shamsuddin: Dari Oktober tahun lepas sehingga 21 Januari lalu kira-kira 13,000 pekerja telah diberhentikan kerja. Ini adalah fakta sebenar yang diterima MEF setakat ini. Kegawatan ekonomi mula dirasai pada bulan Oktober bermula dengan peningkatan harga petrol yang mendadak ketika itu yang mengakibatkan banyak industri terpaksa menyemak semula perjalanan perniagaan mereka.

Sebenarnya jumlah ini hanya permulaan sahaja. Adalah diharapkan pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan tidak lama lagi dapat dilaksanakan sepenuhnya pada kadar segera. Adalah tidak mustahil jumlah ini akan meningkat kepada lebih 200,000 pekerja menjelang hujung tahun ini jika masalah ekonomi ini tidak ditangani segera.

Berdasarkan krisis ekonomi pada 1997, kira-kira 85,000 pekerja telah diberhentikan. Ketika itu masalah ekonomi hanya melanda negara-negara di Asia Pasifik akibat krisis mata wang namun ketika ini kita berhadapan dengan krisis ekonomi global. Seluruh dunia mengalami masalah yang sama dan bukan hanya di sesetengah negara seperti 1997.

Ditambah pula dengan jumlah graduan yang tamat belajar mencecah lebih 100,000 orang pada setiap tahun, jumlah mereka yang menganggur akan turut meningkat. Berdasarkan perkiraan tahun 2005, kita anggarkan ada penambahan dua peratus atau lebih 500,000 pekerja baru memasuki alam pekerjaan. Masalahnya adakah kita dapat menyerap mereka ini ke alam pekerjaan? Ini belum ditambah dengan mereka yang ditamatkan perkhidmatan.

Ada yang berpandangan masalah ekonomi yang kita hadapi ketika ini adalah tiga kali lebih besar dari krisis 1997. Malah Bill Gates menyatakan pemulihan sepenuhnya ekonomi kali ini mungkin mengambil masa 10 tahun. Oleh itu jumlah mereka yang hilang pekerjaan mungkin mencecah 200,000 orang, namun ini hanyalah satu kemungkinan dan jumlah ini telah mengambil kira pakej rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan. Saya sangat berharap mereka yang hilang pekerjaan tidak mencecah jumlah yang dinyatakan tadi.

Oleh itu saya sangat bersetuju dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya pihak berkuasa tempatan memudahkan pengeluaran lesen dan permit kepada para peniaga yang berminat untuk berniaga. Jika kita lihat warga asing bukan sahaja bekerja tetapi ramai daripada mereka yang berniaga di negara ini seperti yang kita lihat di Chow Kit dan Kampung Baru.

Jika kerajaan bertindak tegas terhadap mereka dan memberi peluang kepada penduduk negara ini yang berminat berniaga melalui perolehan permit, lesen dan pinjaman yang lebih mudah, jumlah pengangguran ini dapat dikurangkan seminima mungkin sekali gus menggalakkan orang ramai berdikari.

Kerajaan juga perlu tegas dengan menghantar balik pekerja asing bagi mengelak pengangguran di kalangan penduduk tempatan. Rakyat negara ini juga tidak seharusnya terlalu memilih pekerjaan dan perniagaan terutama dalam sektor pertanian kerana sektor ini merupakan entiti perniagaan yang masih boleh bertahan. Banyak barang pertanian dan perladangan yang masih kita import dan mengapa kita perlu mengimport barangan seperti bawang dan buah-buahan yang ada permintaan jika kita boleh menghasilkannya.

Apa cadangan yang boleh diberikan oleh MEF kepada pihak kerajaan dan pekerja bagi mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi sekarang?

Shamsuddin: Nasihat kami kepada ahli-ahli MEF dan majikan keseluruhannya ialah supaya tidak bertindak membuang pekerja sebagai pilihan pertama untuk mengurangkan kos. Pertamanya, kita telah mendengar gesaan dari kerajaan agar majikan mengurangkan hari dan waktu bekerja.

Tetapi masalahnya di sini ialah jika majikan mengurangkan jam bekerja dalam sehari atau hari bekerja dalam seminggu adakah majikan boleh mengurangkan pembayaran gaji mereka secara berkadar berdasarkan kerja-kerja yang tidak dilakukan? Dari segi perundangannya agak kabur sama ada majikan mempunyai hak berkenaan.

Apa yang diberitahu oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Rakyat, Datuk Ismail Abdul Rahim, syarikat boleh mengurangkan hari atau jam bekerja dengan syarat pekerja setuju dengan langkah ini. Ini akan menimbulkan masalah kerana sebagai contoh jika syarikat mempunyai 2,000 orang pekerja, syarikat terpaksa bertemu dengan kesemua pekerja bagi mendapatkan persetujuan mereka. Mungkin ada di antara pekerja yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan langkah ini. Oleh itu bagaimana kita boleh melaksanakan langkah berkenaan?

Di sini apa yang pihak MEF harapkan ialah Kementerian Sumber Manusia membuat perundangan yang lebih jelas agar syarikat boleh mengurangkan hari atau jam bekerja dan boleh mengurangkan pembayaran gaji secara berkadar berdasarkan kerja yang dilakukan. Oleh itu jika ada peruntukan undang-undang sedemikian, masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan bagi membantu mengelak pemberhentian pekerja. Namun kekaburan undang-undang menyukarkan majikan kerana kami mahu membantu kerajaan dengan mengelakkan pemberhentian pekerja namun kami dibebani dengan masalah perundangan. Kami sangat berharap kerajaan dapat bertindak pantas membuat undang-undang yang diperlukan supaya semua pihak faham hak dan tanggung-jawab mereka dalam menangani masalah kegawatan ekonomi sekarang.

Satu lagi masalah ialah apabila majikan meminta pekerja mengambil cuti yang lebih lama bagi mengurangkan kos operasi seperti pada Tahun Baru Cina baru-baru ini. Namun majikan diberitahu oleh Jabatan Tenaga

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.