saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/02/2009

282 terima bintang, pingat Hari WP

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendahului senarai 282 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Istiadat pengurniaan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Negara di sini esok.

Turut menerima anugerah darjah SUMW membawa gelaran Datuk Seri Utama itu ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Tan Sri Mohd. Hassan Marican.

Penasihat Editorial, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Azman Ujang dan Ketua Pengarang Star Publications (M) Bhd., Datuk Wong Chun Wai pula merupakan antara 12 individu yang dianugerahkan darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tahun ini merupakan kali kedua darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan dianugerahkan kepada individu-individu terpilih setelah diperkenalkan tahun lepas.

Turut menerima darjah SMW ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang; Pengerusi Low Yat Group, Tan Sri Low Yow Chuan; Pengerusi Bank Industri dan Teknologi (M) Bhd., Tan Sri Othman Mohd. Rijal; dan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye.

Selain itu, Panglima Tentera Laut, Datuk Seri Laksamana Abdul Aziz Jaafar; Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin.

Darjah kebesaran serupa turut dianugerahkan kepada Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan.

Selain itu seramai 28 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PWM) yang membawa gelaran Datuk antaranya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Ketua Pengarang Bernama, Yong Soo Heong; Ketua Bahagian UMNO Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee; Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd., Abdul Aziz Ishak dan Pakar Perubatan dan Kardiologi, Institut Jantung Negara, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim.

Turut menerima PWM ialah pakar kesihatan juruterbang, Dr. Dalbir Singh Sangoo dan Pengerusi Gabungan Jurutera Perunding Melayu Malaysia (GJPBM), Abdul Latif Mohd. Som.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Senior Asisten Komisioner II Haris Wong Abdullah dan Perunding Kreatif Kumpulan, Astro Entertainment Sdn. Bhd. Aznil Nawawi pula merupakan antara 28 individu yang menerima bintang Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Selain itu 59 orang lagi menerima bintang Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 71 orang dianugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 81 orang menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.