saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 02/02/2009

Bayangkan Kuala Lumpur tanpa sistem rel

IBU negara masih bercuti hari ini setelah semalam warga Kuala Lumpur (KL) serta Putrajaya dan Labuan menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Suasana di ibu kota tidaklah 'kelam kabut' atau 'kalut' seperti yang melanda politik Perak Darul Ridzuan. Mengambil sempena kedamaian sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam diharapkan juga kekalutan politik di Perak tidak akan menjejaskan sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang bermula esok. Di Kuala Lumpur, bermula Sabtu lalu menjelang Tahun Baru Cina sehinggalah semalam, warga kota boleh menarik nafas lega apabila jalan raya tidaklah seteruk pada hari-hari biasa. Laluan lebih mudah apabila warga kota bercuti panjang sehingga hari ini. Apatah lagi cuti perayaan Tahun Baru Cina jatuh ketika gaji mula masuk dan mereka mengambil kesempatan pulang ke kampung dengan menambah cuti tahun sebanyak tiga hari - Rabu, Khamis dan Jumaat - mungkin hari ini mereka baru kembali ke ibu negara untuk mula bekerja esok.

Mulai esok dan hari-hari seterusnya, KL akan kembali seperti biasa - sesak di sana sini - dan mungkin menjelang Jumaat depan, akan reda sekali lagi kerana warga kota dan di Lembah Klang bakal bercuti tiga hari kerana sambutan Thaipusam jatuh pada hari Ahad.

Kesesakan di KL bukanlah perkara baru dan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak pernah berhenti untuk merancang pelbagai laluan bagi mengurangkan kesesakan. Maka tidak hairanlah, beberapa kawasan jalan raya yang sesak di ibu negara sedang diperbesar dan diubahsuai. Dan pada masa yang sama menimbulkan sedikit masalah kepada kelancaran kenderaan.

Bayangkan suasana di KL pada hari ini jika pusat pentadbirannya tidak dipindahkan ke Putrajaya. Bayangkan juga jika tidak ada sistem pengangkutan rel - komuter, transit aliran ringan (LRT) dan monorel.

Sukar untuk membayangkan KL tanpa sistem pengangkutan rel ini. Bayangkan mereka yang menggunakan LRT, komuter, monorel terpaksa memandu kereta sendiri memasuki ibu negara, menaiki bas atau teksi yang memenuhi setiap ruang di jalan raya. Jumlah kenderaan pula tidak mampu disekat untuk bebas bergerak di ibu negara.

Justeru sistem pengangkutan awam masih banyak yang perlu diperbaiki. Seperti yang diselak pada minggu lepas mengenai sistem pengangkutan komuter, Kementerian Pengangkutan atau pihak yang bertanggungjawab dengan sistem ini perlu melakukan sesuatu bagi memenuhi permintaan penumpang yang terus meningkat. Atau mungkin diserahkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memastikan KL benar-benar bebas daripada kesesakan dan muncul sebagai bandar raya moden.

Kita mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi semalam, bahawa kerajaan komited untuk memperbaiki dan membangunkan lagi sistem pengangkutan awam di KL walaupun rancangan awal RM4 bilion yang diumumkan untuk tujuan itu tidak menjadi kenyataan.

Dalam hubungan ini sokongan kementerian dan agensi tertentu amat diperlukan supaya seperti harapan Pak Lah, perkhidmatan yang diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan khususnya KL adalah perkhidmatan yang baik, cekap dan mesra.

Memang sistem pengangkutan awam di KL khususnya yang melibatkan bas henti-henti sudah banyak berubah. Tidak ada lagi bas Tong Fong, Foh Hup, Sri Jaya, Len Seng dan bas mini.

Sempena Hari Wilayah ini juga, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga perlu melihat semula laluan khas bagi pengangkutan awam - bas dan teksi - di laluan tertentu yang dulu digunakan seketika tetapi pada hari ini di sesetengah laluan boleh dikatakan ikut selera pemandu - siapa saja boleh memasuki laluan itu! DBKL, buatlah apa yang patut.

Kesesakan di KL tidak akan selesai sekiranya pengangkutan awam tidak cekap. Semua situasi yang berkait rapat dengan kelemahan sistem pengangkutan awam yang ada pada hari ini hanya menakutkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Bagi mereka, sistem yang ada tidak boleh dipercayai. Seperti yang dikatakan minggu lalu sistem komuter misalnya sering dihantui gangguan yang menakutkan - pengumuman tren mengalami kelewatan, tren dibatalkan, tren tertahan, tren terlalu padat dan macam-macam lagi yang merimaskan para pengguna.

Jangan lupa pula Putrajaya. Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum keadaan menjadi teruk. Pusat pentadbiran kerajaan itu yang dibangunkan dengan tujuan mengehadkan kemasukan kenderaan perlu diberi perhatian serius. Mungkin keadaan hari ini belum serius tetapi pada masa depan bagaimana? Adakah Putrajaya juga akan mengalami kesesakan seperti KL tanpa sistem rel yang boleh dipercayai?

Semua ini harus dirancang dan dicari jalan penyelesaiannya mulai sekarang. Tidak perlu menunggu kesesakan menjadi bertambah parah. Perancangan yang dibuat sudah ada tetapi bagaimana pelaksanaannya? Apa pun tahniah kepada empat rakan pemimpin media yang menerima anugerah Datuk dan Datuk Seri hari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.