saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 02/02/2009

Cenderahati penyeri majlis

MEREKA yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi pastinya sedang mencari-cari bekas cenderahati untuk dihadiahkan kepada tetamu yang datang. Ia sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis.

Pada masa dahulu, cenderahati yang diberi berupa telur rebus yang dimasukkan ke dalam bakul mengkuang comel, bekas kaca, kotak kertas, dibungkus di dalam sapu tangan dan sebagainya.

Namun kini faktor masa dan tenaga untuk merebus beribu biji telur membuatkan cenderahati telur kini diganti dengan benda lain yang boleh disiapkan lebih awal.

Dalam majlis perkahwinan Melayu, cenderahati yang perlu disediakan memang banyak dan ada yang berjumlah sehingga 2,000 unit bergantung kepada ramainya tetamu yang hendak dijemput.

Contohnya, kini ramai yang menggantikan telur dengan kek, biskut, coklat, gula-gula, kerepek dan pelbagai lagi bagi diberikan kepada tetamu. Bekas bagi mengisi cenderahati ini juga cantik dan menarik serta boleh dijadikan perhiasan di dalam almari kaca.

Bagi peniaga kek dan cenderahati perkahwinan, Zaida Aziz, sentiasa mencari yang terbaru dalam penyediaan cenderahati perkahwinan pada masa kini.

''Bekas cenderahati yang cantik, terbaru dan berpatutan dengan harga merupakan kriteria utama pelanggan. Setiap tahun, bekas cenderahati sentiasa berubah dan sebagai peniaga, saya harus peka dengan kehendak pelanggan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Kata Zaida, dalam mencari bekas cenderahati terbaru, beliau banyak membuat kajian melalui internet dan sanggup ke luar negara mencari cenderahati yang menarik dengan kos yang berpatutan.

''Biasanya saya akan pergi untuk melihat-lihat dahulu dan apabila berkenan, saya akan menempah atau terus beli untuk dibawa pulang.

''Sekarang ini saya mempunyai banyak bekas cenderahati yang menarik yang boleh dipilih oleh bakal pengantin bagi diberikan kepada tetamu,'' jelas Zaida yang juga membuat kek comel sebagai cenderahati, kek hantaran dan biskut.

Di antaranya ialah bakul rotan, kotak rotan empat segi, kotak mengkuang, kotak kertas dan beg kertas pelbagai saiz yang cantik dihias bunga daripada kulit jagung dan reben pelbagai warna.

Beliau berkata, kebiasaannya beliau akan membeli kotak atau bekas kosong yang belum dihias dan akan menghias mengikut warna yang disukai oleh pelanggan.

''Pelanggan yang inginkan cenderahati khas mengikut pilihan mereka harus menempah dua bulan lebih awal sementara pelanggan yang ingin membeli cenderahati sedia ada harus memberitahu sebulan awal,'' katanya yang kini sudah mula menerima tempahan bagi majlis perkahwinan yang akan diadakan pada bulan Mac nanti.

Bekas dan kotak cenderahati bagi tetamu biasa dan kenamaan ini boleh diisi makanan seperti telur ayam, telur puyuh, kek, gula dan sebagainya.

Kepada yang berminat untuk menempah cenderahati terbaru ini boleh menghubungi Zaida di 012-2606992.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.