saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/02/2009

Perjuangan pahlawan Melayu dijenama semula


Jan-Ake Norostrom dan isteri, Lena tertarik melihat pameran gambar lama dan artikel mengenai Mat Kilau di lobi Hotel Swiss Garden Resort, Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 6 Feb. - Perjuangan pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Janggut akan dijenamakan semula bagi mengangkat mereka setaraf dengan legenda kaum lain di dunia.

Penjenamaan itu akan menjadi bukti bahawa bangsa Melayu juga mempunyai pejuang hebat bagi menangkis tanggapan negatif dunia Barat terhadap golongan itu selama ini.

Ketua Program Khazanah dan Warisan Ketamadunan Bangsa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hood Salleh (gambar) berkata, dokumentasi Barat gemar melabelkan pejuang Melayu sebagai penderhaka.

Kata beliau, penulisan Barat gemar menggambarkan pejuang Melayu seperti Mat Kilau sebagai pemberontak sedangkan tokoh itu adalah pejuang Melayu yang mempertahankan tanah air daripada penjajahan kuasa luar.

Menurutnya, selama ini tiada dokumentasi yang dapat memperjelaskan perjuangan sebenar pahlawan Melayu dan apa yang diperoleh hanya berdasarkan persepsi dan kaca mata Barat semata-mata.

''Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cuba mengambil langkah ke depan dengan menjenamakan semula peranan serta perjuangan pahlawan Melayu ini.

''Pada siri pertama, kami sedang berusaha menjenamakan perjuangan Mat Kilau yang dijangka mengambil tempoh selama tiga tahun sebelum ia didokumentasi secara rasmi," katanya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia pada program Wacana Khazanah Warisan Dan Ketamadunan Bangsa: Pengkisahan Dan Pameran Mat Kilau Sepelayaran Hidup di sini semalam.

Hood yang juga Pengarah Muzium Warisan Akademik UKM berkata, program penjenamaan itu juga diharap akan menjadikan ketokohan pahlawan Melayu sama ada dalam aspek kepimpinan, keilmuan dan persilatan diiktiraf serta disanjung masyarakat dunia.

Sementara itu, seorang pelancong dari Sweden, Jan-Ake Norostrom, 55, ketika ditemui di ruang pameran Wacana Khazanah Warisan dan Ketamadunan Bangsa di sini, berkata, dia tidak tahu bahawa kaum Melayu juga mempunyai pahlawan.

Menurutnya, selama ini dia hanya mengetahui tentang pahlawan bangsa lain di Asia seperti legenda wira di China, India dan Vietnam, tetapi tidak pernah mendengar tentang kisah perjuangan pahlawan Melayu.

''Hari ini, baru saya tahu orang Melayu juga mempunyai pahlawan yang berani seperti Mat Kilau dan lain-lain. Saya berminat untuk mengetahui tentang keperwiraan mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.