saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/02/2009

Konsert Unplugged Prihatin Palestin

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Sebagai langkah membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap penderitaan yang dialami rakyat Palestin, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggabungkan barisan artis terkenal tanah air dalam Konsert Unplugged Prihatin Palestin.

Konsert yang dijadualkan berlangsung di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur Sabtu ini akan bermula pukul 9 malam.

Antara artis yang menjayakan konsert tersebut ialah M. Nasir, Kopratasa, Hattan dan Khatijah Ibrahim.

Selain itu, penyanyi indie pula termasuk Rendra Zawawi, The Snow Symphony, Mili'z, Azmyl Yunor, Izzy Mohd., Tony Leo Selvaraj, Pete Teo dan Najwa Mohiaddin.

Konsert terbitan Ani Sabrina On itu juga bakal menampilkan persembahan istimewa daripada penyair dan komposer yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur kemanusiaan iaitu Dr. Wan Zawawi menerusi lagu Anak Dunia dan Mencari Amerika.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf berkata, konsert yang diilhamkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek itu sebagai luahan rasa kasih sayang terhadap kedamaian dunia dan kemanusiaan.

''Konsert ini bakal dipenuhi dengan lagu-lagu berunsurkan kemanusiaan dan perjuangan. Ini sebagai makluman kepada dunia bahawa kita turut prihatin terhadap penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.