saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 07/02/2009

Al-Faiz mahu eksport produk kosmetik

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Al-Faiz Industries Sdn. Bhd. merancang mengeksport produk kosmetiknya yang baru dilancarkan berjenama Le Roselle, ke Kemboja, Vietnam dan negara Afrika.

"Kami mula mengkomersialkan produk kosmetik kami sejak November tahun lepas," kata Pengarah Urusannya, Azhar Md Yusoff.

Setiap set kosmetik itu dijual pada RM190 di pasaran tempatan.

Katanya, syarikat itu kini dalam perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mengeksport produk kosmetik itu ke negara tersebut.

"Kami sedang menunggu kelulusan daripada MARA untuk mengeksport produk itu.

"Menurut rancangan, ia mungkin berlaku tahun ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran produk kosmetik itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada program Gerak Usahawan Nasional 2009 di sini hari ini.

Pada acara yang sama, syarikat itu juga bertukar-tukar memorandum perjanjian (MOA) dengan Sirim Bhd.

Sirim bekerjasama dengan Al-Faiz Industries untuk menaik taraf produknya dan bagi penyelidikan dan pembangunan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Ir. Yahaya Ahmad berkata, Sirim mengambil masa kira-kira empat tahun untuk membangunkan produk kosmetik itu.

"Kami membangunkannya daripada bahan mentah digelar roselle yang digunakan bagi membuat minuman seperti kordial. Kami juga mendapati bahawa roselle baik sebagai ejen antipenuaan dan sebagai sejenis serum," katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.