saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/02/2009

Amelina ziarah jenazah bapa

SEREMBAN 6 Feb. - Bekas Ratu Dangdut, Amelina yang telah sekian lama 'menghilangkan diri' muncul hari ini di kampungnya halamannya di Labu dekat sini.

Kepulangan Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 35, ke rumahnya di Kampung Lambar, Labu bagi menziarahi bapanya, Amir Sharifuddin Abd. Rauf, 61, yang meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham bapanya meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 6.10 pagi ini kerana komplikasi jantung selepas dimasukkan ke wad hospital itu sejak Isnin lalu akibat sesak nafas.

Tinjauan Utusan Malaysia di rumah keluarganya itu mendapati Amelina bersama suaminya, ibu penyanyi itu, Hasmah Ramli, 52, dan adik bongsunya, Nor Nadia, 22, serta saudara-mara terdekat.

Bagaimanapun, ketika wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia menghampiri Amelina, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asyik itu cuba mengelak daripada ditemu bual.

"No comment... no comment (tiada komen, tiada komen)," kata Amelina sambil wartawan dan jurugambar beredar kerana memahami situasi penyanyi tersebut dan keluarganya yang sedang bersedih.

Adik Amelina, Amir Hanaffy Amir, 31, berkata, bapanya mengalami masalah sesak nafas sejak Isnin lalu ketika menonton televisyen sebelum dikejarkan ke HTJ.

Menurutnya, ketika di HTJ, bapanya tidak sedarkan diri tetapi pada hari ketiga sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham memberi tindak balas kepada pelawat walaupun tidak boleh berkata-kata.

"Bagaimanapun pada pukul 6.10 pagi tadi, ketika saya dan seorang pembantu menjaganya, abah kelihatan tenang seolah-olah sedang tidur, bibirnya pucat dan tidak menunjukkan sebarang respons.

"Doktor memaklumkan abah mengalami kegagalan jantung dan telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Hasmah yang ditemui masih tidak dapat melayan sebarang kenyataan kerana terlalu sedih.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pulau, Labu dekat sini selepas solat Jumaat petang ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.